Ular Tedung Cedera Dihempap Besi Dihantar Ke Hospital Menaiki Ambulans

Ular tedung menaiki ambulans

Ular Tedung Cedera Dihempap Besi Dihantar Ke Hospital Menaiki Ambulans

Seekor ular tedung dilaporkan terpaksa dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tercedera dihempap galang besi di sebuah kedai perkakasan dalam kejadian di India Sabtu lalu, lapor NDTV.

Disebabkan kemudahan yang tidak mencukupi di daerah perkampungan yang dikenali Budaun itu, haiwan tersebut terpaksa dirujuk ke Pusat SOS Hidupan Liar di Delhi.

Menurut Pegawai Hutan Bahagian (DFO) Ashok Kumar, sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) People for Animals (PFA) telah membawa ular tedung yang cedera itu ke Pusat SOS tersebut.

Imbas kembali ketika kejadian, seorang pekerja di kedai perkakasan berkenaan mahu mengambil galang besi (untuk urusan kerjanya).

Bagaimanapun keberadaan ular itu di situ dipercayai telah membuatkan pekerja terbabit terkejut hingga galang besi di tangannya terlepas dan menghempap reptilia berkenaan hingga cedera.

Vikendra Sharma, seorang pencinta haiwan yang juga Presiden PFA Daerah telah dimaklumkan berkenaan kejadian tersebut.

Beliau kemudiannya tiba di tempat kejadian dan memaklumkan kepada ahli Parlimen kawasan berkenaan, Maneka Gandhi mengenainya.

Gandhi, ahli Parti Bharatiya Janata (BJP) yang juga merupakan aktivis haiwan kemudiannya menasihati agar haiwan itu dihantar ke Delhi untuk diberikan rawatan.

Menurut Sharma, dua sukarelawan telah dihantar untuk membawa ular tedung itu ke Delhi dengan ambulans persendirian yang melibatkan kos berjumlah 5,000 rupee (RM284).

Difahamkan, ular tedung itu akan dilepaskan di hutan selepas ia pulih sepenuhnya.

Mula-Mula Jumpa Sisik, Lelaki Terkejut Temui Ular Tedung Menyorok Dalam Almari Biliknya

Terdahulu, seorang pengguna TikTok ini telah mengalami pengalaman yang menyeramkan selepas dia menjumpai ular tedung tersebut di dalam almari bajunya.

Video pertembungan itu telah dikongsikan oleh seorang lelaki di akaun TikTok miliknya yang bernama @venocobra.

Pada awal video tersebut, lelaki itu telah menemui sisik ular yang sudah kering di dalam almari bajunya.

Menurutnya, sisik ular itu seakan ditinggalkan oleh yang baru sahaja menyalin kulitnya.

“Kalau terjumpa sisik ular ni dalam rumah, bermakna ular tu memang berada berdekatan dengan rumah korang,” kata lelaki tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Lelaki itu kemudiannya telah menemui ular tersebut sedang menyorok di sebalik kain sampin yang berada di dalam almari berkenaan.

Lebih menyeramkan, ular yang berada di dalam almari lelaki tersebut adalah anak ular tedung berwarna hitam.

Sewaktu lelaki itu cuba mengalihkan kain itu, ular tersebut sempat menyembur dan cuba mematuk lelaki terbabit.

Ular itu juga dilihat mengembangkan kepalanya sebagai tindak balas kerana lelaki tersebut cuba mendekatinya.

Sumber: NDTV

The post Ular Tedung Cedera Dihempap Besi Dihantar Ke Hospital Menaiki Ambulans appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*