Remaja Hidapi Penyakit “Rare”, Berhenti Menua Lepas Kena Bedah 12 Kali

seperti budak 13 tahun

Remaja Hidapi Penyakit “Rare”, Berhenti Menua Lepas Kena Bedah 12 Kali

Seorang lelaki bernama Luiz Augusto Marcio Marques, 23, dilaporkan berhenti membesar selepas menjalani prosedur pembedahan membuang tumor yang sangat jarang berlaku dan agresif.

Memetik Oddity Central, hasil daripada prosedur itu, hari ini Luiz kelihatan seperti budak yang berumur 13 tahun.

Luiz yang lebih dikenali sebagai Guto di bandar asalnya di Passo Fundo, selatan Brazil pernah menjalani kehidupan normal sehingga umur tujuh tahun.

Namun segalanya berubah selepas dia mula mengalami sakit kepala yang perit dan kerap terjadi seiring berlalunya masa dalam kehidupan Guto.

Hasil pemeriksaan, tiada seorang pun doktor yang merawatnya dapat mendiagnosis keadaan penyakit Guto.

Sakit kepala itu juga mula menjejaskan aktiviti sekolah dan kehidupan sehariannya.

Doktor yang merawatnya mendakwa bahawa ia disebabkan virus, manakala ada juga doktor yang mengatakan kejadian itu adalah disebabkan keadaan psikologi di mana Guto hanya mengada-adakan kejadian itu kerana dia malas.

Akhirnya keadaan yang berlaku kepada Guto terjawab selepas dia mengalami sawan dan dibawa ke hospital bandar di mana punca sebenar sakit kepalanya didedahkan.

Guto didiagnosis dengan penyakit yang dipanggil craniopharyngioma iaitu sejenis tumor otak yang sangat jarang berlaku dan telah menjejaskan kira-kira satu dalam sejuta orang.

Pembedahan perlu dilakukan atau nyawa Guto tidak dapat diselamatkan

Doktor yang merawatnya memberitahu ibu saudara Guto bahawa pembedahan membuang sebahagian daripada tumor itu perlu dilakukan dengan segera. Jika ia tidak dilakukan, maka Guto boleh mati dalam beberapa hari sahaja.

Walau bagaimanapun, pembedahan tersebut dikatakan mempunyai banyak risiko disebabkan lokasi tumor itu yang berada di kepalanya.

Guto boleh kehilangan keupayaannya untuk berjalan, bercakap, atau menggerakkan matanya serta pertumbuhannya boleh terjejas.

Selepas pembedahan dijalankan, Guto diletakkan di dalam sebuah bilik kaca di mana dia dipantau sepanjang masa oleh doktor.

Guto akhirnya pulih, namun terdapat berita tidak baik yang dialaminya semasa pembedahan tersebut dilakukan ke atasnya.

Menurut doktor yang merawat, semasa pembedahan dilakukan, kelenjar pituitari Guto telah terjejas dan dia kemungkinan besar akan berhenti membesar secara normal.

Guto telah berhenti membesar pada usia 12 tahun, dan hari ini pada usia 23 tahun dia masih kelihatan lebih muda sekurang-kurangnya sedekad.

Dalam prosedur itu, doktor hanya mampu membuang kira-kira 20 peratus daripada craniopgharyngionma tanpa menyebabkan kerosakan pada otaknya.

Hasil daripada prosedur itu, Guto terpaksa menjalani beberapa sesi kemoterapi untuk mengecutkan tumor berkenaan.

Kredit Oddity Central

Dalam pada itu, kesan daripada terhentinya proses membesar, kehidupan Guto telah berubah.

Dia dipercayai menghadapi cabaran terbesar dalam menerima keadaannya dan hakikat bahawa dia tidak akan membesar sehingga akhir usianya.

“Tanpa keluarga saya, saya tidak akan dapat mengatasinya. Saya mengenali orang yang menghidap kanser dan meninggalkan segala-galanya,” kata Guto kepada BBC.

“Hari ini saya tidak peduli dengan orang lain. Saya berkawan dengan orang yang berumur, 20, 30, 40 tahun, dan mereka tidak menilai saya. Kini saya sangat baik, saya banyak bercakap dan saya tidak lagi malu,” tambah Guto.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Hari ini, Guto yang berusia 23 tahun mempunyai ketinggian 1.62m, berat kira-kira 50kg dan kelihatan seperti kanak-kanak berusia 13 tahun.

Guto juga sempat menyatakan bahawa dia gembira bahawa dia masih hidup selepas beberapa tahun menjalani kemoterapi dan lebih 12 pembedahan susulan di kepalanya.

“Manifestasi khusus Guto sangat jarang berlaku, ia merupakan satu kes setiap 50 juta atau lebih, kerana tidak ada statisitik yang tepat,” kata Nerio Azambuja Jr., pakar bedah saraf Guto.

Sumber: Oddity Central

The post Remaja Hidapi Penyakit “Rare”, Berhenti Menua Lepas Kena Bedah 12 Kali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*