“Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi

gol safawi puskas

“Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi

Jaringan pemain kebangsaan, Safawi Rasid dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon semalam telah meraih perhatian media antarabangsa.

Menurut satu ciapan dari Twitter rasmi milik Bleacher Report (B/R Football), portal sukan terkemuka itu mencadangkan agar jaringan tersebut ditambah dalam senarai Anugerah Puskas.

 

“Tambah (gol) Safawi Rasid ke senarai Puskas,” tulis B/R Football dalam satu ciapan ringkas.

Difahamkan, bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) tersebut telah menjaringkan gol tersebut pada minit ke-77.

Jaringan ini berlaku selepas jurulatih skuah Harimau Malaysia, Kim Pan Gon membawa masuk Safawi sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Kawalan bergaya Safawi melepasi pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan ke arah pintu gol pantas menjadi tular di seluruh media sosial.

Dengan beberapa aksi dalam Liga Malaysia yang pernah menjadi viral sebelum ini, maka tak hairanlah gol Safawi turut mendapat tumpuan yang sama.

Bukan sahaja rakyat Malaysia, bahkan orang luar juga seakan tidak percaya tetapi pada masa yang sama kagum dengan kualiti jaringan tersebut.

Malaysia berjaya tundukkan Kepulauan Solomon 4-1

Terdahulu, Kepulauan Solomon yang berada di kedudukan ke-134 dunia berjaya memulakan perlawanan dengan baik. Mereka terlebih dahulu berada di depan seawal minit ke-11.

Namun begitu, Harimau Malaya yang kini di ranking 138 dunia pantas memperkemaskan permainan dan mengasak kubu lawan untuk mencari jaringan penyamaan.

Skuad ini berjaya menyamakan kedudukan semula menerusi gol Paulo Josue pada minit ke-40. Sebelum separuh masa pertama berakhir, Arif Aiman Hanapi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-47.

Kemudian, Safawi berjaya memenuhi jangkaan ramai apabila berjaya menyudahkan peluang hasil hantaran cantik daripada Lee Tuck. Dengan skill kawalan bola yang sangat baik, beliau berjaya menambah jaringan ketiga pada minit ke-77.

Sebelum perlawanan berakhir, Lee Tuck menjaringkan gol keempat skuad kebangsaan pada minit ke-91. Jaringan itu sekaligus melengkapkan malam gemilang buat bola sepak negara.

Menurut rekod, pemain Pulau Pinang, Faiz Subri merupakan rakyat Malaysia dan Asia pertama yang tercalon dalam Anugerah Puskas FIFA pada 2016.

Jaringan ikonik tersebut berlaku ketika beliau membantu Harimau Kumbang untuk menumbangkan Pahang 4-1. Perlawanan Liga Super itu berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 2016.

Ini membolehkan pemain tersebut melakar sejarah bola sepak negara dan Asia apabila menjadi calon untuk anugerah tersebut di Zurich, Switzerland.

Gol Faiz yang dianggap melanggar hukum fizik itu seterusnya menerima undian tertinggi, 59.46 peratus untuk membawa pulang anugerah berkenaan.

BACA: Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa

Sumber: B/R Football, Astro Arena

The post “Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*