Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP

kerajaan pertimbang kwsp

Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) — Kerajaan perlu mempertimbangkan baki simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam isu pengeluaran wang KWSP.

Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) berkata baki simpanan pencarum semakin membimbangkan selepas beberapa kali pengeluaran khas itu dibenarkan sejak negara berdepan pandemik COVID-19, dengan ada yang mempunyai hanya 68 sen sehari untuk dibelanja selepas bersara.

“Kerajaan kena pertimbang antara kebertanggungjawaban dengan populisme dan gesaan yang dibangkitkan oleh pembangkang pada hari ini supaya kita tidak terkesima dan tertipu dengan propaganda dan pilihan itu,” katanya ketika perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Besar Selangor itu berkata negara juga perlu membuat persiapan ke arah menuju negara menua pada 2030.

BACA: Kerajaan Cari Jalan Penyelesaian Kurangkan Beban Rakyat Tanpa Pengeluaran KWSP

Dalam pada itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) dan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) berpendapat kerajaan perlu mempertimbangkan pengeluaran secara bersasar bagi meringankan beban rakyat termasuk bagi pencarum yang sudah bekerja melebihi tempoh 20 tahun dan mempunyai simpanan yang banyak.

“Betul, ada 13.1 juta ahli atau 51.5 peratus pencarum KWSP dengan simpanan bawah RM10,000 dan mungkin mereka ini yang baharu bekerja. Bagaimana pula dengan pencarum yang sudah lama bekerja 20 atau 25 tahun, mungkin simpanan mereka ada puluhan ribu atau ratusan ribu,” katanya.

Pertimbang pengeluaran KWSP, moratorium bantu rakyat terjejas

Sebelum ini, media melaporkan ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.

Beliau berkata ia termasuk kerajaan pertimbang pengeluaran simpanan KWSP dan moratorium pinjaman bank.

“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan.

“Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini,” katanya pada sesi perbahasan Titah Diraja di Persidangan Parlimen.

Sumber: BERNAMA

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

The post Kerajaan Perlu Pertimbang Baki Simpanan Pencarum KWSP appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*