Dua Dilapor Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Timur Laut Jepun

Dua Dilapor Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Timur Laut Jepun

YAMAGATA – Dua orang dilaporkan maut dalam kejadian tanah runtuh di timur laut Jepun yang berlaku sejak Sabtu lalu.

Memetik laporan Kyodo News, tanah runtuh yang mempunyai ketinggian berukuran 20 hingga 30 meter dan 100 meter lebar itu berlaku di sebuah gunung di Tsuruoka, Yamagata kira-kira jam 1 pagi.

Difahamkan, tanah runtuh itu telah menjejaskan sekitar 10 bangunan, malah menyebabkan pasangan warga emas yang berusia  70-an dan 80-an hilang.

Gambar: Kyodo

Dalam pada itu, pihak polis berkata mereka sedang berusaha untuk memastikan sama ada dua mayat yang ditemui adalah mayat pasangan warga emas yang hilang ataupun sebaliknya.

Malah, pihaknya turut menambah bahawa kedua-dua mayat tersebut dijumpai dalam keadaan cedera parah, justeru ia mungkin mengambil masa untuk mengenal pasti mayat tersebut.

Gambar: Kyodo

Menurut pejabat bandar Tsuruoka, mayat wanita ditemui sekitar jam 6.55 pagi Isnin di sekitar rumah pasangan warga emas yang hilang, manakala mayat lelaki pula ditemui di kawasan berhampiran.

Sementara itu, pihak polis, bomba serta pasukan pertahanan diri Jepun segera mengalihkan tanah dan pasir selepas membersihkan sebahagian besar serpihan dari rumah pasangan itu pada malam Ahad yang lalu.

Gambar: Kyodo

Beberapa bangunan yang terperangkap dalam kejadian tersebut dipercayai melibatkan rumah yang kosong, pun begitu dua kediaman turut dilapor terjejas dalam kejadian itu.

Sumber: Kyodo News

The post Dua Dilapor Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Timur Laut Jepun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*