SSM Anjur Program Bimbingan Usahawan Bantu Memperkasa Perniagaan Usahawan Selangor

Usahawan Selangor

Shah Alam, 19 Ogos 2023 – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini menganjurkan Program Bimbingan Usahawan (PBU23) peringkat Negeri Selangor yang merupakan siri kedua bagi tahun 2023 melibatkan lebih 1,000 peserta dari sekitar negeri tersebut.  

PBU23 yang dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh serta memajukan perniagaan berlangsung di Dewan Jamuan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. 

Usahawan Selangor

Dalam ucapan perasmian Tuan Ahmad Sabki Yusof, Pengerusi SSM, yang dibacakan oleh Datuk Nor Azimah, penekanan diberikan kepada pendedahan kepada budaya keusahawanan yang dapat membuka peluang kepada para usahawan tempatan untuk mempelajari aspek penting dalam selok-belok dunia perniagaan melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi serta strategi perniagaan yang berjaya. 

Beliau berkata, dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan. 

Tambah beliau, salah satu inisiatif SSM adalah menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan. Sejak SPPP mula diperkenalkan pada 23 Disember 2020 hingga 31 Julai 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma adalah sebanyak 77,259.

Semasa program berlangsung, SSM juga telah menyampaikan serahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM237,600 kepada agensi, institusi pendidikan, surau serta masjid. Di samping itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM9,000 juga disampaikan kepada persatuan dan pusat jagaan.

Usahawan Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan SSM di talian 03-77214000 atau emel kepada enquiry@ssm.com.my.

The post SSM Anjur Program Bimbingan Usahawan Bantu Memperkasa Perniagaan Usahawan Selangor appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*