Purata Gaji Kilang Disasar Capai RM4,510 Menjelang 2030, Pekerja Kilang Boleh Tarik Nafas Lega

Purata Gaji Kilang Disasar Capai RM4,510 Menjelang 2030, Pekerja Kilang Boleh Tarik Nafas Lega

Status perkahwinan, jumlah anak dan tangga gaji adalah antara soalan sensitif yang sering ditanya dalam masyarakat kita. Tak kurang juga, ada yang memandang rendah golongan tertentu dek kerana tangga gaji yang berbeza.

Mungkin ada antara kita yang pernah merasa sakitnya bila dipandang sebelah mata hanya kerana kerja ‘biasa-biasa’.

Pernah min terbaca luahan seorang lelaki yang mengalami nasib serupa. Apa yang dikata ada benarnya.

Dah tebal telinga ni dengar orang pandang rendah dengan pekerja kilang. Satu benda diorang tak tahu, pekerja kilang ni boleh jadi gaji lagi tinggi dari yang dok mengata tu.

Ramai ingat kerja kilang takde masa depan, tapi tanggapan tu salah. Dalam kilang ni ada engineer, supervisor, manager dan paling penting, kilang ni lah tempat ramai kenal dunia pekerjaan. Bukan sekadar batu loncatan ke alam pekerjaan, kerja kilang ini juga berpotensi menjadi karier tetap bagi anak-anak muda kita.

Kerajaan letak harapan kepada sektor pembuatan

Kalau nak tahu, menjelang 2030 nanti, Malaysia bercita-cita menjadi negara peneraju sektor industri berteknologi tinggi.

Kerajaan melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dah pun membuat perancangan bagi memajukan ekonomi dan menyediakan lebih 3.3 juta peluang pekerjaan di Malaysia.

Pelan ini juga dijangka dapat menaikkan gaji median sektor pembuatan di negara kita sebanyak 9.6 peratus, iaitu mencecah RM4,510 daripada RM1,976. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita juga dijangka kepada RM587.5 bilion dalam tempoh enam tahun akan datang.

Jadi, lebih ramai anak-anak muda akan berpeluang bekerja di kilang pada masa hadapan dengan gaji yang lebih tinggi.

Kalau korang perasan, kini semakin kerap kita dengar orang ramai menyebut tentang kereta EV. Malah, syarikat terkenal EV di dunia juga telah membuka ibu pejabat mereka di Malaysia pada hujung tahun lalu.

Perkembangan ini merupakan sebahagian daripada pelan untuk menjadikan Malaysia negara industri dengan mengembangkan kepakaran dalam kluster baru seperti pembuatan kereta elektrik serta tenaga yang boleh diperbaharui.

Bagi menjayakan matlamat ini, kementerian-kementerian dalam kerajaan akan berkerjasama untuk memenuhi keperluan bagi menarik pelabur ke dalam negara.

Misalnya, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memfokuskan agenda memperkasakan anak-anak muda dengan kemahiran, atau lebih kita kenali sebagai TVET.

Dalam masa yang sama, perkembangan sektor EV oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di dalam negara akan memberi peluang kepada para pelajar kita untuk mendalami kejuruteraan EV secara lebih mendalam melalui kepakaran yang dibawa masuk ke dalam negara.

Apabila para pelajar kita sudah mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut, maka negara kita bolehlah meneruskan misi untuk menarik pelabur ke dalam negara menggunakan kepakaran yang kita ada serta harga yang kompetitif yang kita tawarkan kepada mereka.

Contoh lain adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Kerajaan melalui Kementerian Ekonomi berhasrat untuk mengembangkan perusahaan PKS negara kita ke persada antarabangsa dengan memperuntukkan RM44 bilion daripada Belanjawan 2024 bagi tujuan ini.

Antaranya ialah dengan memberi bimbingan kepada para pengusaha untuk mendigitalkan perniagaan mereka, R&D serta memberi suntikan dana bagi pembangunan produk dengan menambah baik teknologi di bahagian pengeluaran mereka.

Jadi lepasni cerahlah harapan kita untuk jumpa Rojak Mak Bee, Kicap Tamin dan belacan kampung dipasarkan di Eropah suatu hari nanti.

Apabila sektor PKS semakin berkembang, maka peluang pekerjaan pun semakin bertambah.

The post Purata Gaji Kilang Disasar Capai RM4,510 Menjelang 2030, Pekerja Kilang Boleh Tarik Nafas Lega appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*