Suami Maut, Telekung Isteri Dipercayai Tersangkut Di Tayar Motosikal Ketika Nak Tunai Solat Di Masjid

telekung tersangkut motosikal

Suami Maut, Telekung Isteri Dipercayai Tersangkut Di Tayar Motosikal Ketika Nak Tunai Solat Di Masjid

Seorang lelaki warga emas dilaporkan maut manakala isterinya tercedera apabila motosikal yang dinaiki pasangan itu hilang kawalan lalu menyebabkan kemalangan.

Insiden itu dilaporkan berlaku selepas telekung yang dipakai isteri mangsa dipercayai termasuk di bahagian tayar motosikal tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, kejadian tersebut berlaku di Jalan Juasseh Terusan Seberang, Kuala Pilah pada jam kira-kira 7 malam tadi.

Kejadian itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC dan ditunggang oleh seorang lelaki berusia 64 tahun dan dibonceng oleh isterinya, 60 tahun.

Pasangan warga emas sedang dalam perjalanan ke Masjid

Menurut Amran, berdasarkan siasatan awal mendapati bahawa pasangan itu sedang dalam perjalanan dari rumah mereka ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib.

“Apabila sampai di lokasi, telekung pembonceng dipercayai termasuk di bahagian tayar belakang lalu motosikal tersebut hilang kawalan sebelum terjatuh.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng dibawa ke Hospital Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Tambah Amran, bagaimanapun pada jam 3.53 pagi tadi pihaknya telah dimaklumkan oleh Unit Forensik HTAN bahawa penunggang motosikal itu telah meninggal dunia.

Mangsa dikatakan meninggal dunia semasa sedang menerima rawatan di zon merah hospital tersebut.

“Pembonceng mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir berjahit dan patah beberapa batang gigi,” katanya.

Menurut Amran, kes itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sumber: Sinar Harian

The post Suami Maut, Telekung Isteri Dipercayai Tersangkut Di Tayar Motosikal Ketika Nak Tunai Solat Di Masjid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*