Jutawan Nekad Makan Makanan Kucing, Nak Berjimat Punya Pasal

Makan Makanan Kucing

Jutawan Nekad Makan Makanan Kucing, Nak Berjimat Punya Pasal

Seorang wanita telah digelar sebagai “jutawan paling berjimat di dunia” kerana dia sanggup memakan makanan dalam tin untuk kucing demi menjimatkan wangnya, lapor Mirror.

Dia masih mengamalkan berjimat cermat sehingga hanya mengamalkan makanan dalam tin untuk kucing kerana ia lebih murah berbanding produk tuna dalam tin untuk manusia.

Salah seorang rakan Aimee berkata dalam rancangan TLC: “Pada satu ketika, saya perasan bahawa Aimee merupakan seorang yang pemurah selepas dia bertanya dan menawarkan untuk makan tengah hari di rumahnya.

“Jadi saya menjawab, sudah pasti,” kata rakan Aimee.

Aimee kemudiannya telah membuatkan sandwic tuna untuk rakannya itu. Menurut rakan Aimee itu lagi, semasa dia memakan sandwic tersebut dia dapat merasakan ia sedikit

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

hanyir.

“Ini sedikit hanyir. Apakah ini?” tanya rakan Aimee itu kepadanya.

“Dan kemudian saya melihat di atas meja, dan saya perasan terdapat tin makanan kucing yang sudah kosong. Saya berfikir tidak mungkin dia buat pakai ini.” kata rakan Aimee lagi.

Kredit TLC

Muncul dalam rancangan Extreme Cheapskates, Aimee mengaku bahawa makanan kucing dalam tin adalah lebih murah daripada tin tuna untuk manusia yang dijual USD 89 sen berbanding USD 59 sen bagi makanan tin kucing.

Semasa dia menghidangkan setin tuna kucing terbaiknya kepada bekas suaminya Michael Murrey, Aimee sempat berbisik dan memberitahu bahawa dia telah menjimatkan USD 30 sen.

Tidak ada yang lebih bijak bila berjimat apabila nak dibandingkan dengan Aimee beritahu Michael kepada penonton rancangan tersebut.

“Saya tidak fikir Aimee pernah memberi makanan kucing itu kepada sesiapa, tetapi saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk mencuba,” kata Michael dalam rancangan itu.

Aimee juga memanfaatkan span dapurnya dengan menggunakannya sehingga ia benar-benar hancur.

“Sehingga ia hancur dan reput, saya tidak nampak sebab ada untuk membuangnya!” kata Aimee dalam rancangan tersebut.

Bintang rancangan Extreme Cheapskates Aimee Elizabeth dari Las Vegas, Amerika Syarikat itu dikatakan memiliki kekayaan sebanyak USD 5.3 juta (RM 22 juta).

Sumber: Mirror

The post Jutawan Nekad Makan Makanan Kucing, Nak Berjimat Punya Pasal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*