Sudahlah kacak, oppa Korea ini pandai pula cakap Melayu

Seorang pemain bola sepak liga M yang berbangsa Korea tular di media sosial baru-baru ini kerana kepetahannya dalam berbahasa Melayu.

Siapa sangka, pemain pertahanan Sabah, Park Tae Su mempunyai kemahiran dalam berdialog menggunakan bahasa kebangsaan.

Walaupun menggunakan perkataan yang ringkas, namun pertuturan atlet import itu amat mudah difahami khususnya oleh rakan sepasukannya.

Kelmarin Sabah FC melalui akaun rasmi TikToknya telah memuat turun sebuah video yang memaparkan kebolehannya itu.

“Saya pun tiba-tiba jatuh. Saya rasa Amri lah (tolak). Jahat dia, tidak bagus. Sama juga (Rizal). Dua-dua jahat, saya mahu tumbuk,” seloroh Tae Su ketika menjawab soalan perakam video.

Video kemudian menunjukkan usikan rakan sepasukannya, Amri dan Rizal menolak kerusi Tae Su yang sedang berbaring ke dalam kolam renang.

“Saya jatuh sendiri?,” soal Tae Sue kepada Rizal yang menjawab bahawa dia dan Amri tidak menolaknya sebaliknya pemilik nama samaran Park Karim itu sebenarnya jatuh sendiri.

Susulan penularan video tersebut, seorang pengguna yang bernama @magmalaya meluahkan kekagumannya kepada ‘Park Karim’.

Menerusi ciapannya di laman aplikasi Twitter, dia tidak menyangka atlet yang berusia 33 tahun itu mampu menguasai loghat tempatan.

“Gila, ada player bola Korea main dekat Liga M dah boleh cakap Melayu,” kata MagMalaya dalam nada terkejut.

Hantaran ini turut tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada ‘rakyat Twitter’ di mana banyak yang menganggap bahasa kebangsaan merupakan salah satu bahasa mudah di pelajari.

Apapun spekulasi yang dibuat netizen, penguasaan Tae Su ini seharusnya dicontohi sekiranya mempunyai keinginan untuk bekerja di luar negara.

Baca juga: Peniaga durian pun tak ketinggalan jual durian Menu Rahmah hanya RM4.99 sebekas

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*