Kucing Bertemu Semula Dengan Tuan Selepas Gempa Bumi Turkiye

kucing gempa bumi turkiye

Kucing Bertemu Semula Dengan Tuan Selepas Gempa Bumi Turkiye

Kejadian gempa bumi yang berlaku di Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu telah mengorbankan hampir 50,000 nyawa, lapor Firstpost.

Menurut anggaran awal Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), bencana itu telah menyebabkan antara 116 juta hingga 210 juta tan runtuhan.

Selain angka korban yang begitu banyak, kejadian gempa bumi itu turut meragut nyawa haiwan peliharaan dan pemiliknya.

Bagaimanapun, masih ada beberapa ekor kucing berjaya diselamatkan oleh kru penyelamat Turkiye dan ditemukan semula dengan pemiliknya.

Menurut laporan Firstpost, haiwan peliharaan tersebut ditemui lebih dua minggu selepas gempa bumi berukuran 7.8 magnitud berlaku di Turkiye.

Menurut NowThis, pihak berkuasa mendakwa bahawa sebanyak tujuh ekor kucing telah berjaya diselamatkan.

Beberapa klip video yang menunjukkan kucing disatukan semula dengan pemiliknya baru-baru ini telah menjadi tular di media sosial.

Video tersebut menunjukkan bagaimana seorang wanita mengalami gangguan emosi ketika penyelamat mengembalikan semula kucing itu kepadanya.

Menerusi video berkenaan, wanita itu memberikan pelukan kepada haiwan peliharaannya dan perasaan gembira mula terpancar di wajahnya.

Wanita gembira jumpa kucing semula lepas gempa bumi

Selain itu, satu lagi rakaman yang disertakan dalam video itu menunjukkan seorang wanita gembira ketika haiwan peliharannya dibawa kembali kepadanya.

Dia memegang erat kucing tersebut dalam dakapannya seperti seorang ibu yang sedang memegang bayinya yang baru lahir.

Klip video tersebut telah menunjukkan bagaimana kru penyelamat gigih menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut dengan bantuan kren.

Video yang kini menjadi tular di platform media sosial itu telah mendapat komen positif daripada penonton.

“Itu sangat bagus,” ulas seorang pengguna.

Dalam pada itu, satu lagi video yang menunjukkan seekor kucing enggan meninggalkan lelaki yang menyelamatkannya dari runtuhan di Turki selepas kejadian gempa bumi telah menarik perhatian penonton di media sosial.

Gambar: Twitter

Video itu menunjukkan bagaimana kucing yang comel itu berdiri di atas bahu kanan kru penyelamat.

Lebih menarik lagi, kucing tersebut seakan-akan mengucapkan terima kasih kepada kru penyelamat berkenaan.

Menerusi video itu, penyelamat berkenaan mengusap haiwan peliharaan itu dengan lembut ketika ia berdiri di bahu kanannya.

Sumber: Firstpost

The post Kucing Bertemu Semula Dengan Tuan Selepas Gempa Bumi Turkiye appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*