Tersepit Dalam Mesin Pengisar Daging, Tangan Wanita ‘Hancur’

wanita Tangan mesin pengisar

Tersepit Dalam Mesin Pengisar Daging, Tangan Wanita ‘Hancur’

KEMAMAN — Seorang wanita berdepan detik cemas selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman petang semalam, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, mangsa yang berusia 31 tahun sedang menggunakan mesin tersebut bagi membuat daging burger sewaktu kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Chukai, Mohd Zailani Abdullah, pada jam 4.42 petang pihaknya telah dihubungi oleh pihak hospital. Panggilan kecemasan itu bertujuan untuk membantu menanggalkan kompenan mesin tersebut.

Tambah Zailani, tangan mangsa yang tersepit terpaksa dibius oleh pihak hospital sebelum dikeluarkan sambil operasi memotong mesin pengisar itu menggunakan playar dilakukan oleh pihak bomba.

“Keadaan tangan mangsa ketika itu hancur sehingga menghampiri paras pergelangan tangan kanan dan semua jari tangan kanan hancur.

“Usaha mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa setengah jam dan mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh Sinar Harian pada hari ini.

Tangan Kiri Putus Jari Kanan Hancur Akibat Mercun

Terdahulu, seorang lelaki terpaksa menanggung derita seumur hidup selepas tangan kirinya terputus dan beberapa jari tangan kanan hancur akibat terkena mercun buatan sendiri, lapor Sinar Harian pada April lalu.

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Difahamkan, kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Gong Pak Damat pada awal pagi.

Mangsa yang berusia 27 tahun itu turut dilaporkan mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi tempoh hari.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, siasatan awal polis mendapati bahawa mangsa telah membancuh mercun buatannya sendiri menggunakan mercun bola dan paip Polyvinyl Chloride (PVC) sehingga menyebabkan berlakunya letupan yang kuat.

“Mangsa mengalami kecederaan serius iaitu putus pada pergelangan tangan kiri. Manakala beberapa jari tangan kanan juga hancur serta mengalami kecederaan lain pada bahagian badan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan telah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU),” katanya dalam kenyataan di sini pada malam Isnin.

Sumber: Sinar Harian

The post Tersepit Dalam Mesin Pengisar Daging, Tangan Wanita ‘Hancur’ appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*