Kuih Bertaburan Atas Jalan, Peniaga Berdepan Detik Cemas Kereta Terbalik 

Kereta peniaga bazar terbalik

Kuih Bertaburan Atas Jalan, Peniaga Berdepan Detik Cemas Kereta Terbalik 

Seorang peniaga menghadapi detik cemas apabila kereta miliknya terbalik dalam kejadian berdekatan dengan stesen minyak di Seksyen 18, Shah Alam, semalam.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Aza Radzali menerusi laman media sosial Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Aza menjelaskan bahawa kereta yang dipandu oleh peniaga terbabit terlanggar pokok sebelum terbalik berdekatan tepi jalan.

Gambar: Aza Radzali

Dia merasa sebak ketika berurusan dengan mangsa kemalangan tersebut yang dikatakan sedang dalam perjalanan untuk berniaga.

“Nak nangis tengok ujian brader ni..tapi tahan je tadi. Dari awal lagi, dia (mangsa) asyik cakap macam mana nak repair kereta, boleh claim ke.
“Aku nak call ambulans pun dia tak nak, takut kena caj,” jelas Aza yang membantu mangsa.

Menurut pengirim hantaran berkenaan, semua kuih yang dipercayai telah disediakan dalam jangka masa yang agak lama itu bertaburan di atas jalan raya.

Gambar: Aza Radzali

Mangsa berada dalam keadaan selamat

BACA: Elak Kesesakan, Arab Saudi Tak Benarkan Jalani Ibadah Umrah Berulang Kali Ketika Ramadan

Sungguhpun begitu, Aza memaklumkan segala urusan berkaitan perkara ini telah pun selesai dan pemilik kereta berada dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah semua settle, owner selamat panjang umur, ramai tolong tadi terbalikkan kereta,” jelasnya.
Berdasarkan hantaran dari pada pengguna lain, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sekssyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menerusi hantaran Shahrul Izzat pada 12.36 tengah malam, beberapa individu prihatin telah menemui mangsa di hospital.
Ketika ditemui, mangsa masih dapat berdiri walaupun mengalami kecederaan daripada kemalangan tersebut. Mangsa telah ditemani isteri bersama dua orang anaknya, yang mana salah seorangnya masih bayi.

The post Kuih Bertaburan Atas Jalan, Peniaga Berdepan Detik Cemas Kereta Terbalik  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*