Sung Kang Akan Mengarah Filem Initial D

Sung Kang Akan Mengarah Filem Initial D

Pelakon Korea-Amerika, Sung Kang yang terkenal dengan watak Han Lue dalam The Fast and Furious:Tokyo Drift (2006), dikatakan akan mengarah sebuah filem aksi berasaskan manga bersiri terkenal Jepun, Initial D.

Dalam temu bual bersama South China Morning Post (SCMP) baru-baru ini, Kang mendedahkan dirinya optimis masih mahu ‘bersama’ dengan kereta setelah berkali-kali menjayakan watak Han Lue.

Bagaimanapun segalanya ‘terdedah’ apabila Kang memperakui dirinya mengalami isu diskriminasi di Hollywood yang membuatkannya rasa tidak puas hati dan hanya mahu bekerja di belakang kamera sahaja.

“Sudah tiba masanya untuk saya bekerja di belakang kamera. Sebagai pengarah, saya dapat memberi peluang kepada mereka yang mengalami masalah yang sama seperti saya di Hollywood.

“Ini berkaitan dengan membantu seseorang dan menyampaikan pengetahuan,” kata Kang dalam temu bual bersama SCMP seperti yang dilaporkan Hypebeast.

Difahamkan, jelas Kang, ketika mula mengundur diri daripada industri (lakonan), dirinya menghadapi tekanan diskriminasi yang melibatkan stereotaip ‘lelaki dengan parang’ atau ‘lelaki dengan kung fu’ yang cuba dielakkannya.

Projek Initial D

Sementara itu, Initial D menceritakan mengenai seorang pelajar sekolah menengah yang mempelajari kemahiran drift melalui penghantaran tofu menggunakan kereta bapanya, Toyota AE86 Sprinter Trueno.

Bagaimanapun aksi drift yang ‘diamalkannya’ kemudian membawanya ke perlumbaan haram.

“Ia mengenai kereta dan drifting dan benda yang mengujakan. Ia seperti Rocky (1976) atau Karate Kid (2010). Filem yang menyeronokkan dan mempunyai bajet yang besar yang meluahkan rasa cinta saya dengan kereta,” katanya.

Rasa cinta Kang kepada kereta telah dikembalikan dengan Tokyo Drift yang membuatkannya untuk ‘restore’ semula sebuah Datsun 240Z tahun 1973.

Kereta itu diberi panggilan ‘Fugu Z’ olehnya, yang diinspirasikan dari ikan buntal Jepun yang sangat beracun, tetapi boleh dimakan.

Kereta itu juga turut menjadi kereta yang boleh dimainkan dalam permainan video Gran Turismo.

Projek Lain Yang Diarahkan Oleh Kang

Difahamkan Initial D bakal menjadi projek ketiga yang diarahkan oleh Kang. Dia juga mempunyai filem debutnya sendiri iaitu Shaky Shivers yang merupakan filem komedi seram.

Projeknya yang lain ialah filem mengenai waktu kecilnya yang hidup dalam keluarga yang bercampur kaum di Georgia, Amerika Syarikat.

Kang berkata yang dia mahu mengeluarkan projek itu ke dunia.

“Ia mengenai ibu dan ayah saya. Ada sebab kenapa saya mahu melakukannya, kerana saya mahu menghormati ayah saya yang tidak terlalu sihat, sebelum terlambat,”

Sumber: Hypebeast, Drive, South China Morning Post

BACA JUGA: Sampai RM100K ‘Lumpsum’, Ini Senarai Influencer Menyumbang Untuk Rakyat Palestin

 

The post Sung Kang Akan Mengarah Filem Initial D appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*