Surat Kisah Penceraian Puteri Diana Dilelong Untuk Tujuan Amal

Surat puteri diana dilelong

Surat Kisah Penceraian Puteri Diana Dilelong Untuk Tujuan Amal

Sepucuk surat yang ditulis oleh mendiang Puteri Diana berkenaan isi hatinya yang inginkan dilepaskan akan dilelong untuk tujuan amal.

Menurut laporan The Mirror UK, lelongan itu melibatkan sebanyak 32 keping surat mendiang yang dihantar kepada rakan karibnya, Susie dan Tarek Kassem pada 1995 dan 1996. Ketika itu, mendiang dalam proses penceraian dengan Putera Charles.

Dalam sekeping surat yang ditulis pada 28 April 1996, ia merakam permohonan maaf mendiang kepada dua orang sahabatnya kerana terpaksa membatalkan satu janji temu.

“Saya sedang berdepan dengan tempoh yang sukar. Saat ini saya hanya mampu melutut dan berharap penceraian ini berlaku,” kata surat tersebut.

Manakala dalam sekeping surat bertarikh 20 Mei 1996 pula, Diana mendedahkan panggilan telefon di Istana Kensington mungkin diintip.

”Saya tidak mungkin bersetuju jika setahun yang lalu saya tahu apa yang bakal saya lalui dengan penceraian ini. Ia sangat mendesak dan buruk,” katanya dalam surat itu.

Dalam kandungan surat lain, mendiang berterima kasih kepada keluarga rakannya kerana sudi menyambut Krismas 1995 bersamanya. Difahamkan, ketika itu kedua-dua anaknya, William dan Harry merakan perayaan tersebut bersama Putera Charles dan keluarga diraja di Sandringham.

”Saya sangat gembira dijemput menyertai keluarga kamu menyambut perayaan ini. Ia buat saya rasa seperti sebahagian daripada keluarga itu,” kata Diana dalam surat tersebut.

Susie dan Kassem berkata, menjaga surat-surat tersebut merupakan satu tanggungjawab yang tidak mahu mereka wariskan kepada anak-anak.

Ia mendorong mereka untuk melelong surat-surat tersebut dengan anggaran hasil kutipan mencecah £90,000 (RM473,024). Hasil daripada sesi lelongan bertarikh 16 Februari itu disalurkan kepada badan amal yang pernah dibantu mendiang.

Buku anak Puteri Diana menjadi bukan fiksyen terlaris

Terdahulu, buku autobiografi anaknya, Putera Harry berjudul ‘Spare’ yang telah menjadi buku bukan fiksyen terlaris di dunia.

Memetik dari Geo News, sebanyak 1.43 juta naskah berjaya dijual pada hari pertama dilancarkan di pasaran United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

Ditulis bersama penulis novel dan wartawan terkemuka Amerika, J.R. Moehringer, sebanyak 2 juta cetakan dikhaskan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Buku tersebut dikhabarkan sedang dicetak buat kali kedua untuk memenuhi permintaan tinggi daripada pembaca di sana.

BACA: Jualan Buku Autobiografi Putera Harry Bertajuk Spare Berjaya Pecah Rekod Dunia

Sumber: Mirror UK

The post Surat Kisah Penceraian Puteri Diana Dilelong Untuk Tujuan Amal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*