Pendaki Gunung Kecewa, Kereta Dipecah Masuk & Barang Dicuri

Sembilan Buah Kenderaan Para Pendaki Dipecahkan

Aktiviti mendaki gunung seharusnya menjadi aktiviti yang menyeronokkan bagi para pendaki lebih-lebih lagi kalau sudah tiba di puncaknya.

Pasti para pendaki akan menuruni gunung atau bukit dengan hati yang puas, mana tidaknya sudah penat lelah mendaki, dihidang pula dengan pemandangan yang begitu indah jadi suasana menuruninya akan jadi lebih seronok.

Tetapi, baru-baru ini kita didengarkan dengan satu insiden buruk menimpa para pendaki apabila kira-kira sembilan buah kenderaan mereka yang diparkir dilapor telah dipecah masuk.

Malah, barangan berharga turut dilarikan penjenayah dalam kejadian yang berlaku di tempat letak kereta KorGa (Gunung Korbu dan Gayong), Perak semalam.

Sembilan Buah Kenderaan Para Pendaki Dipecahkan
Kredit: @malaysia.daily | Instagram

Video tersebut dikongsikan oleh @malaysia.daily yang memaparkan cermin tingkap sisi dan belakang sembilan kenderaan tersebut yang telah dipecah.

Difahamkan kejadian tersebut hanya disedari selepas mereka turun daripada melakukan pendakian di gunung berkenaan.

Dalam video itu juga dapat didengar luahan tidak puas hati para pendaki mengenangkan keadaan kenderaan mereka yang ditinggalkan dalam keadaaan elok dan terjaga, tetapi segalanya berubah teruk seusai mereka turun kembali.

Berikut di bawah adalah rakaman video berkenaan seperti yang dikongsikan di Instagram @malaysia.daily.

 

Justeru, rata-rata komen yang ditinggalkan oleh warganet di ruangan komen mendoakan mereka (para pendaki) supaya diberikan ketabahan menghadapinya.

Sembilan Buah Kenderaan Para Pendaki Dipecahkan
Kredit: @malaysia.daily | Instagram

Sementara, @EncheAhmadz di laman Twitter menasihatkan golongan yang bakal mendaki di gunung tersebut supaya lebih berhati-hati memandangkan kes kecurian yang melibatkan banyak kenderaan dipercayai sering berlaku di kawasan itu.

“Hati-hati kepada merekan yang nak hiking ke KORGA (Korbu & Gayong). Ada kes cermin kereta kena pecah & kecurian,” tulisnya.

Sebelum ini, kejadian pecah kereta turut beraku menimpa seorang guru besar kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya, di Semenyih sebulan yang lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan ketika itu berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 12.17 tengah hari, daripada lelaki berusia 50 tahun itu.

Mohd Zaid berkata mangsa yang bertugas di sebuah sekolah rendah di Semenyih, kemudian meninggalkan keretanya dan pergi ke kedai makan untuk membeli minuman.

Namun sekembalinya ke kereta, mangsa mendapati tingkap di bahagian kanan penumpang belakang telah dipecahkan dan beg yang berisi wang telah dicuri.

Baca juga: Guru Besar Hilang Wang Bantuan Awal Persekolahan RM109,00 Selepas Tingkap Kereta Dipecah

Sumber: @malaysia.daily | Instagram

The post Pendaki Gunung Kecewa, Kereta Dipecah Masuk & Barang Dicuri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*