Suspek Langgar Lari Zuhal, Marikh Direman 4 Hari

Suspek Langgar Lari Zuhal, Marikh Direman

Suspek Langgar Lari Zuhal, Marikh Direman

Suspek insiden langgar lari yang mengorbankan dua beradik, pada Jumaat, direman selama empat hari sehingga Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohamad Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, perintah reman terhadap suspek dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sekitar jam 10.30 pagi, hari ini.

Anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Salak berjaya menahan suspek berusia 50-an terbabit sekitar jam 1.20 tengah hari, di sebuah kebun.

Suspek yang merupakan seorang kontraktor telah ditahan dan pihak polis telah merampas kenderaan yang digunakan. Di samping itu, beberapa ujian saringan turut dijalankan ke atas suspek.

Tambah Mohamad Khaizam, ujian awal saringan air kencing mendapati keputusannya adalah negatif dan sampel darah suspek telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi siasatan lanjut.

Terdahulu pada Jumaat, dua beradik yang dalam perjalanan ke sekolah maut dalam nahas langar lari di Kilometer 38, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar berhampiran Taman Desa Salak, Sungai Siput.

Mangsa, Ahmad Zuhal Norazlan, 17 tahun, dan Ahmad Marikh Norazlan, 13 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dari arah Kuala Kangsar ke Ipoh memasuki simpang kanan secara mengejut. Ia kemudiannya melanggar sebuah motosikal Honda EX5 milik mangsa yang datang dari arah bertentangan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Pemandu Pacuan Empat Roda Maut, Dua Parah Kemalangan Babitkan Tujuh Kenderaan

Sumber: Sinar Harian

The post Suspek Langgar Lari Zuhal, Marikh Direman 4 Hari appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*