Syarikat Keranda Tawar Perkhidmatan “Custom” Corak Keranda

custom corak keranda

Syarikat Keranda Tawar Perkhidmatan “Custom” Corak Keranda

Sebuah syarikat pengebumian menawarkan keranda unik yang dibuat khas mengikut citarasa pelanggan untuk menuju ke alam kematian, lapor Sky News.

Bos di Go As You Please berkata bahawa tiada corak yang mustahil dihasilkan untuk membantu menceriakan hari pelanggan.

Selain itu, mereka juga memiliki reka bentuk cadangan kepada pelanggan ia termasuk reka bentuk Doctor Who Tardis, sejenis pin Tennent’s Lager dan botol wiski Bell.

Syarikat itu juga memiliki reka bentuk seperti filem Star Wars, Game of Thrones, The Walking Dead, Harry Potter, Only Fools dan Horses.

Syarikat yang mempunyai cawangan di timur laut England dan di Edinburgh, Scotland itu berkata bahawa keranda tersebut dibina mengikut keperluan setiap pelanggan dan individu.

Scott Purvis, pengurus besar di syarikat itu memberitahu Sky News bahawa sebuah keranda Dyson pernah dicipta oleh syarikat itu. Ia dicipta untuk seseorang yang mempunyai sejarah membaiki hoover lama.

Kredit Go As You Please

Satu lagi keranda dibuat daripada palet lama sebagai penghormatan kepada seorang lelaki yang menggunakan kepingan kayu untuk membina bangsalnya.

Pelanggan bebas menempah keranda yang mereka inginkan

Purvis berkata: “Kebanyakan reka bentuk kami datang daripada perbualan yang jujur dengan pelanggan semasa mereka masih hidup.

“Ramai orang kini menguruskan pengebumian mereka sendiri sebelum mereka meninggal dunia. Ini memberi mereka peluang untuk memecahkan pantang larang bercakap tentang kematian bersama keluarga mereka.

“Ia juga memberi mereka peluang untuk mengadakan pengebumian yang mereka inginkan dan meringankan beban keluarga apabila tiba masanya.”

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Menurut Purvis lagi, prototaip di setiap pusat pameran cawangan adalah contoh reka bentuk yang boleh dipilih.

“Bukan kerana tidak menghormati tetapi untuk menunjukkan kepada orang ramai apa yang boleh kami tawarkan.

“Apabila bercakap tentang keranda, kami akan serahkan kepada keluarga untuk mereka bentuk keranda mereka sendiri. Kami juga pernah mendapat pelanggan yang mencipta montaj gambar keluarga dan dilekatkan kepada keranda kosong,” akhiri Purvis berkenaan perkhidmatan syarikatnya.

Sumber: Sky News

The post Syarikat Keranda Tawar Perkhidmatan “Custom” Corak Keranda appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*