11 Maut Selepas Kebocoran Gas Merebak Di India

11 maut kebocoran gas

11 Maut Selepas Kebocoran Gas Merebak Di India

Sekurang-kurangnya 11 orang maut selepas berlaku kebocoran gas di sebuah bandar di negeri Punjab, India sekitar 6.30 pagi pada Ahad, lapor Independent.

Manakala, empat lagi dilapor dikejarkan ke hospital dan keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa menutup kawasan yang tercemar dengan gas beracun.

Pesuruhjaya Polis Ludhiana, Mandeep Singh sidhu berkata sampel gas oleh Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF) telah digunakan untuk mengesahkan jenis gas yang bocor di kawasan itu.

Sigh berkata hasil siasatan ujian sampel darah mangsa yang maut mendapati gas tersebut menjejaskan otak dan bukannya paru-paru.

Seorang pegawai berkata gas itu kemungkinan bocor dari lubang kumbahan di kawasan tersebut dan bertukar menjadi koktel berbahaya selepas bertindak balas dengan metana di dalam longkang kumbahan.

“Kami akan mengumpul sampel dari lubang lurang. Kemungkinan besar beberapa bahan kimia bertindak balas dengan metana dalam lurang,” kata Timbalan Pesuruhjaya Ludhiana, Surabhi Malik.

Malik berkata pasukan NDRF telah menggunakan penderia kualiti udara dan mengesan tahap tinggi gas hidrogen sulfida yang merupakan sejenis neurotoksin.

BACA: 10 Maut, 251 Cedera, Akibat Kebocoran Gas Kimia Di Pelabuhan Jordan

Kredit: Independent

“Kemungkinan neurotoksin yang dikeluarkan menyebabkan kematian. Kami sedang mengkaji perkara itu.

“Sepanjang malam (Ahad), pasukan NDRF dan perbadanan perbandaran mengambil bacaan kualiti udara di kawasan tersebut dan hidrogen sulfida tidak dikesan di udara.

“Pada waktu malam, paras hidrogen sulfida dalam lurang adalah tinggi tetapi ai telah menurun ke paras lebih rendah selepas proses dinyah cemar kimia,” katanya.

Menurut Pakar Forensik Hospital Awam Ludhiana, Dr Charan Kamal, punca kematian adalah keracunan penyedutan tetapi jenis racun hanya akan jelas (dikesan) selepas pemeriksaan visera.

“Hidrogen sulfida adalah sangat toksik sehingga satu sedutan nafas daripadanya boleh membunuh seseorang,” katanya.

Ujarnya, kemungkinan beberapa sisa berasid dibuang ke dalam pembetung yang bertindak balas dengan metana, karbon monoksida dan gas pembetungan lain untuk menghasilkan hidrogen sulfida.

Kawasan tersebut juga dikategorikan sebagai dinyahcemar berikutan proses yang dilakukan oleh pasukan NDRF.

Difahamkan, lokasi itu merupakan kawasan perindustrian di mana ramai buruh migran dari bandar lain datang bekerja.

Dalam pada itu, kebocoran gas yang berlaku di kejiranan Giaspura di bandar Ludhiana, Punjab itu telah menjejaskan tiga lot perniagaan.

Ia termasuk kedai tenusu, runcit dan klinik serta tempat orang ramai berkumpul untuk membeli bekalan harian di kawasan tersebut.

Mangsa yang maut termasuk lima anggota daripada satu keluarga serta tiga orang anak.

Sumber: Independent

The post 11 Maut Selepas Kebocoran Gas Merebak Di India appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*