Detik-Detik Hiba Istiadat Konvo UiTM 2023 Jadi Tumpuan

detik hiba konvo uitm

Detik-Detik Hiba Istiadat Konvo UiTM 2023 Jadi Tumpuan

Majlis Istiadat Konvokesyen adalah momen yang ditunggu-tunggu oleh ramai graduan selepas penat lelah berjuang untuk menamatkan pelajaran dengan cemerlang.

Pada waktu ini semestinya ramai insan akan bergembira, ditemani pula dengan kaum keluarga dan rakan taulan.

Sudah semestinya momen seperti ini akan diraikan oleh para graduan dengan berkongsikan kejayaan mereka di media-media sosial.

Namun begitu, tidak semua graduan bernasib baik dan dapat merasai pengalaman seperti ini terutamanya melibatkan perkara kematian.

Oleh itu, SK pada hari ini akan berkongsikan kompilasi dua detik hiba sewaktu istiadat konvokesyen sedang berlangsung.

Menerusi perkongsian oleh akaun TikTok UiTM Channel, dua daripada  graduan universiti itu telah meninggal dunia sebelum istiadat itu berlangsung.

Menerusi perkongsian yang pertama, salah seorang daripada graduan tersebut ialah Almarhumah Nur Shahrina Mohd Baharuddin yang berusia 29 tahun.

Almarhumah adalah merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang cahaya mata. Beliau dikatakan meninggal dunia disebabkan oleh penyakit kanser pangkal rahim pada 14 Jun 2023.

Penerimaan skrol pada majlis itu telah diwakili oleh suami arwah yang kelihatan sugul di sisi pentas.

Dalam majlis penuh emosi itu, Nur Shahrina dianugerahkan Ijazah Sarjana Perakaunan Forensik dan Teknologi Kewangan.

@uitm_channel

Salam takziah buat ahli keluarga…al-fatihah #istiadatkonvokesyenuitm98 #uitmdihatiku #konvo98

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Muhammad Aidil Adha meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya

Menerusi perkongsian yang berasingan, seorang lagi graduan adalah almarhum Muhammad Aidil Adha Nazri yang berusia 24 tahun.

Muhammad Aidil Adha dipercayai telah menghadap ilahi akibat kecederaan organ dalaman selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 11 Disember 2022 lalu.

Penganugerahan kepada Muhammad Aidil Adha diwakili oleh ibunya yang kelihatan tidak dapat menahan sebak sambil mengesat air mata.

Beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Pengajian (Kepujian) Kewangan di universiti tersebut.

BACA: Selalu Ditanya “Asal Lahir Di Negeri Mana?”, Ini Respon Jojo Ghazali

@uitm_channel

Kasih Seorang Ibu Hingga Ke Akhir Hayat.. #istiadatkonvokesyenuitm98 #uitmdihatiku #konvo98

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Suasana hiba menyelubungi seluruh dewan sewaktu pengumuman nama kedua-dua graduan tersebut.

Pengumuman nama graduan yang dibuat sambil diiringi muzik latar audio lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad menaikkan lagi rasa sedih penonton.

Kami dari SK mengucapkan takziah kepada kedua-dua graduan. Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan dirahmati Allah SWT.

Sumber: TikTok/uitm_channel

The post Detik-Detik Hiba Istiadat Konvo UiTM 2023 Jadi Tumpuan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*