Dua Pelajar Malaysia Berjaya Rangkul Gelaran Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia

pendebat bahasa arab terbaik

Dua Pelajar Malaysia Berjaya Rangkul Gelaran Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia

Dua pelajar Malaysia dinobat sebagai johan dan naib juara dalam Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa dalam kategori Bukan Penutur Jati Bahasa Arab.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di laman X miliknya semalam.

“Sekalung tahniah buat anakanda Wan Amzar Izzuddin bin Wan Mohd Azlan dan Abdul Muiz bin Hasanulddin yang meraih kejayaan.

“Sekali gus mengharumkan nama Malaysia, khususnya Negeri Terengganu di Qatar sempena Kejohanan Debat Bahasa Arab Sekolah-Sekolah Antarabangsa,” tulis Dr Ahmad Samsuri.

Johan dan naib juara menjadi milik pendebat Malaysia

Menurutnya lagi, adik Wan Amzar telah berjaya merangkul kejayaan sebagai Pendebat Terbaik Kategori Bukan Penutur Jati Bahasa Arab.

Seorang lagi peserta yang juga merupakan rakannya iaitu Abdul Muizz pula telah berjaya meraih tempat kedua terbaik dalam kategori yang sama.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Kedua-dua pelajar itu merupakan pelajar di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu.

“Kedua-duanya merupakan anak jati Terengganu yang bersekolah di SMA (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu,” tulis beliau lagi.

Selain itu, Dr Ahmad Samsuri menerusi hantaran itu turut mengucapkan ucapan tahniah kepada dua orang lagi ahli pasukan debat dari negeri Johor.

Kejohanan buat kali keenam itu telah berlangsung dari 2 September hingga 4 September 2023 di Doha, Qatar.

Sumber: X/Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

The post Dua Pelajar Malaysia Berjaya Rangkul Gelaran Pendebat Bahasa Arab Terbaik Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*