‘Syed Saddiq needs to stop doing that, masa tak sesuai gila’ – Ada netizen luah rasa tak gemar dengan perbuatan Presiden Muda tetapi…

Presiden Muda, Syed Saddiq, memuat naik gambar (di Instagram) dirinya bertemu dengan Presiden Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Menurut Ahli Parlimen Muar itu berkata, pertemuan itu berlangsung selama dua jam tanpa mendedahkan butiran perbualan.

“Pilihan raya sudah tamat, kini masa untuk fokus berkhidmat. Walaupun berada dalam parti yang berlainan, hormat saya kepada Muhyiddin tetap kekal.

“Hormat kawan dan lawan. Dua jam berbual, catching up on life after elections,” katanya dalam hantaran tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Tindakannya itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwa pemimpin muda itu menyokong PN.

Bagaimanapun, Syed Saddiq tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia telah terlibat dengan libat urus dwipartisan sejak menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.

etapi, netizen yang cenderung terhadap PH tidak berkenan dengan perbuatannya itu yang dianggap tidak kena pada masanya.

“Syed Saddiq perlu berhenti buat begini. Masa tak sesuai gila. Apa yang dia cuba tunjukkan?” kata Belle.

“Dia ni belum matang. Kalau lepak kat Parlimen itu, ok lagi. Ini kat rumah dah macam scheme of things,” kata Azli.

“Syed Saddiq perlu belajar daripada kesilapan gain trust. There is a time boleh belajar dari tokoh politik ni. Tetapi sekarang rasa macam tak sesuai berjumpa dengan Muhyiddin. Kes sendiri pun tak selesai lagi, jangan rosakkan kepercayaan orang pada kau dan parti yang kau bina,” kata Joelee.

“Memang gila dah dia ni. Bipartisan tak kena waktu. PN has been attacking his coalition pun sempat lagi macam ni,” kata AJ.

Sementara itu, netizen yang lain pula berpendapat bukan menjadi satu kesalahan untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin politik.

BACA: PM M’sia Anwar saman ketua PAS Perak berhubung ucapan berbaur fitnah berkaitan LGBT, ideologi komunis

Sumber: Instagram Syed Saddiq, Twitterjaya

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*