Tabiat Suka Simpan Barang Lama Tak Berguna Adalah Tanda Sakit Mental, Kenali Hoarding Disorder

hoading disorder

Tabiat Suka Simpan Barang Lama Tak Berguna Adalah Tanda Sakit Mental, Kenali Hoarding Disorder

Hari ini kita dimaklumkan mengenai kejadian seorang individu yang didakwa menyimpan pelbagai barangan di luar rumah, seperti yang dikongsikan di Twitter ADUN Skudai @Marina Ibrahim yang mendapat perhatian warganet.

Difahamkan, barangan lama yang disimpan di rumah terlalu banyak, dipercayai kesemuanya dikumpulkan selama 20 tahun. Dia juga menangis-nangis tidak mahu barang lama simpanannya itu dibersihkan oleh orang lain.

Menjengah ke ufuk masyarakat sosial, tabiat menyimpan barang lama ini sesetengahnya boleh dianggap hobi. Namun awas, jika tidak terkawal dibimbangi daripada hobi bertukar menjadi racun diri.

Kejadian ini banyak berlaku dalam kalangan ramai, namun sesetengahnya mungkin tidak menyedari bahawa tabiat mengumpul barang lama sebenarnya adalah salah satu jenis penyakit mental.

Bagi yang masih tertanya-tanya mengenai sikap suka kumpul barang lama itu adalah sama ada tanda penyakit mental atau bukan, mari ikuti perkongsian Hello doktor untuk mengetahuiya lebih lanjut.

Menurut penerangan dari HelloDoktor orang yang suka kumpul barang ini cenderung penyakit hoarding disorder.

Difahamkan, penyakit hoarding disorder (Gangguan Penimbunan) yang menyebabkan mereka yang mempunyai penyakit ini suka untuk membuang atau berpisah dengan barangan peribadi kerana merasai keperluan untuk menyimpan barang tersebut.

Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda SAKIT MENTAL

Kita selalu dengar orang tua bercakap, “Barang yang ada tu simpan, takut nanti nak guna!”. Kalau anda nak tahu, ini merupakan salah satu ungkapan kegemaran milik pesakit hoarding disorder.

Simpan terlalu banyak barang, tapi sayang nak buang!

Pernahkah anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai masalah hoarding? Selalunya, orang yang mempunyai masalah ini ada timbunan barang yang amat banyak di rumah.

Individu yang menjadi hoarder atau pengumpul barang selalunya sukar untuk berpisah dengan barang-barang kepunyaannya.

Mereka mempunyai ikatan emosi, fizikal, dan sosial dan kadangkala kewangan terhadap barang yang mereka simpan.

Walau bagaimanapun, bukan semua orang yang simpan barang dikategorikan sebagai hoarder.

Apa yang membezakan mereka dengan collector atau pengumpul barang ialah orang yang mempunyai masalah ini akan simpan apa sahaja walaupun mereka tidak perlukan barang tersebut.

Lambakan barang yang mereka kumpul juga boleh memenuhi rumah hingga mencecah siling.

Kadang-kadang, barang mereka terlampau banyak dan bersepah sehinggakan individu tersebut tidak dapat akses ke bahagian lain rumah mereka.

Keadaan yang bersepah ini selalunya akan memberi impak yang negatif kepada hidup mereka. Rumah yang bersepah pasti tidak sesuai untuk membesarkan sebuah keluarga.

Mereka juga akan jadi sensitif jika barang mereka dibuang atau dialihkan.

Mereka yang menderita sakit ini selalunya akan mempunyai konflik dengan keluarga dan sukar untuk melakukan apa-apa aktiviti seperti memasak ataupun mandi di rumah masing-masing.

Hoarding disorder berlaku kepada 2 – 6% daripada populasi di seluruh dunia. Penyakit ini juga lebih biasa dalam kalangan lelaki daripada perempuan.

Simpan banyak barang antara simptom hoarding

Antara tanda-tanda individu yang mengalami penyakit ini ialah pertama, sukar untuk membuang barang. Kedua, rumah, kereta atau pejabat bersepah dan dipenuhi barang. Ketiga, boleh hilang barang penting dalam timbunan barang. Keempat ialah gemar mengambil barang-barang percuma. Tanda yang seterusnya ialah, tidak akan menjemput sesiapa ke rumah kerana takut ataupun malu. Selain itu, tidak akan membaiki rumah. Selepas itu, mereka akan beli barang kerana ada diskaun ataupun untuk simpan sebagai stok di rumah. Simpton berikutnya pula ialah tidak boleh susun barang mereka. Akhir sekali, takut untuk buang barang kerana fikir ia akan digunakan nanti.

Kadangkala, penyakit ini terjadi kerana individu tersebut sudah biasa mengabaikan diri sendiri.

Oleh itu, mereka yang hidup seorang diri, tidak berkahwin, miskin semasa membesar, ada sejarah keluarga yang turut lakukan perkara yang sama dan sudah biasa hidup dalam keadaan bersepah adalah mereka yang berisiko untuk menjadi hoarder.

Selain daripada menganggap barang yang mereka simpan boleh digunakan nanti, mereka juga kadangkala ada ikatan emosi yang terlampau kuat terhadap barang-barang tersebut.

Sebagai contoh, mereka mungkin tidak boleh buang barang yang berada di rumah mereka kerana ia milik ahli keluarga mereka yang sudah meninggal dunia dan diwariskan kepada mereka.

Hoarding disorder, sebuah penyakit mental

Hoarding disorder adalah satu tanda individu tersebut mungkin alami obsessive-compulsive personality disorder (OCPD), obsessive-compulsive disorder (OCD), attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD), depresi, keresahan (anxiety) ataupun nyanyuk (dementia).

Ada kajian yang mendapati bahawa 1 daripada 4 penghidap OCD mempunyai masalah mengumpul barang.

Penghidap penyakit ini boleh dipulihkan. Walau bagaimanapun, sukar untuk membantu pesakit yang mengalami keadaan ini kerana mereka sendiri tidak menganggap ia sebagai satu masalah.

Selalunya, ahli keluarga yang akan membawa pesakit hoarding disorder berjumpa doktor. Namun, mereka memerlukan sokongan yang tidak berbelah-bahagi daripada keluarga terdekat untuk berubah.

Yakinkan pesakit bahawa tidak ada sesiapa yang akan membuang atau simpan barang mereka di rumah ketika mereka berjumpa doktor.

Ahli keluarga juga tidak boleh terlalu memaksa individu yang mempunyai hoarding disorder kerana ia hanya akan membuatkan keadaan jadi lebih teruk.

Mereka mungkin akan putuskan hubungan atau mengelak daripada berjumpa anda pada masa hadapan.

Tunggu hingga mereka mendapat motivasi sendiri untuk berubah dan jangan paksa mereka secara keterlaluan.

Sukar, tetapi tidak mustahil untuk dirawat

Selalunya, pengidap hording disorder akan menjalani rawatan menerima ubat yang sama seperti pesakit OCD. Namun, kadangkala rawatan ini tidak berkesan kepada pesakit hoarding disorder.

Pesakit perlu mempunyai stretegi sendiri untuk melawan nafsu masing-masing. Antaranya adalah elakkan daripada kerap membeli barang sewaktu keluar rumah.

Perubahan ini perlukan motivasi, komitmen dan juga kesabaran. Penyakit ini juga tidak akan pulih serta-merta dan perlukan masa selama berbulan-bulan.

Lama-kelamaan, individu tersebut akan mampu kurangkan barang, mengemas dan menyusun barang-barang mereka. Walau bagaimanapun, relaps mungkin berlaku pada masa hadapan.

Oleh itu, pesakit perlu ada pelan tambahan untuk atasi masalah yang sama jika ia berlaku semula pada tahun yang akan datang.

Pada akhir intervensi, pesakit hoarding disorder mungkin tidak dapat pulih sepenuhnya. Tapi mereka dapat mengawal tingkah laku mereka dan lebih memahami penyakit yang mereka alami.

Sumber: Hello doktor

The post Tabiat Suka Simpan Barang Lama Tak Berguna Adalah Tanda Sakit Mental, Kenali Hoarding Disorder appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*