Tahap Kesihatan Jamie Foxx Jadi Tanda Tanya, Pihak Keluarga Dinasihat Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Jamie Foxx kesihatan

Tahap Kesihatan Jamie Foxx Jadi Tanda Tanya, Pihak Keluarga Dinasihat Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan

Bintang terkenal Hollywood, Jamie Foxx dilaporkan masih lagi dirawat di hospital ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya, lapor Marca.

Sebelum ini, berita berkenaan kehilangan tanpa dikesan Jamie Foxx hangat diperkatakan media sehingga ada yang membuat pelbagai spekulasi.

Pemenang Academy Awards itu dilaporkan terpaksa dirawat selepas dia mengalami episod yang ingin disembunyikan daripada awam oleh keluarganya.

Terdapat petunjuk yang menunjukkan Jamie berkemungkinan mengalami masalah otak namun tidak ada maklumat rasmi yang boleh mengesahkan dakwaan tersebut.

Peminat Jamie sehingga kini masih berteka-teki berkenaan keadaan selebriti itu yang ketika ini masih dalam pemerhatian dan dirawat di hospital.

Walaupun jurucakap pelakon itu terus mengatakan Jamie dalam keadaan baik-baik saja, namun masih terdapat isu kerana Jamie masih belum meninggalkan hospital.

Selain itu, rahsia di sebalik kesihatan bintang ini jelas merisaukan peminat dan mereka mula meramalkan senario yang mungkin berlaku.

Keluarga dinasihat untuk bersedia menghadapi situasi terburuk

Malah, sumber yang melaporkan dakwaan ini membayangkan bahawa keluarga Jamie sedang bersedia untuk menghadapi situasi terburuk berkenaan kesihatan pelakon itu.

Sumber berkata kepada Radar Online: ” Orang terdekat Jamie mengatakan dia sihat dan bertambah baik, sementara doktor cuba menyelesaikan masalah ini.

“Tetapi Jamie tidak mungkin akan berada di hospital selama ini jika dia berada dalam keadaan semakin membaik.”

Menjelaskan perkara yang berlaku mungkin merupakan tugas yang mustahil melainkan wakil Jamie Foxx mahu butiran perkara yang berlaku diketahui umum.

Sementara itu, media Radar Online yakin ada sesuatu perkara yang tidak diingin berlaku kepada pelakon itu.

Ketika tiada berita berkenaan kehilangannya diketahui jelas membuatkan orang ramai bimbang tentang kesejahteraannya.

Selain itu, laman berita Marca berkata bahawa mereka akan terus memantau berita terkini secara teliti dan berharap Jamie pulih sepenuhnya tidak lama lagi.

BACA: Jururawat Didapati Bersalah Sebabkan Pesakit Meninggal Dunia, “Off” Monitor Jantung Demi FaceTime

Terdahulu, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Ridzuan Hashim yang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Astro Awani, berita tersebut telah disahkan oleh anak saudaranya, Kamarul Izham Ahmad Badri sebentar tadi.

“Bapa saudara saya meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur sekitar sejam lalu.

“Buat masa ini jenazah masih berada di hospital dan keluarga sedang menguruskan hal pengebumian,” kata Kamarul Izham ketika dihubungi pihak Astro Awani.

Sumber: Marca

The post Tahap Kesihatan Jamie Foxx Jadi Tanda Tanya, Pihak Keluarga Dinasihat Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*