“Tajwid On Point” Peminat Terpegun Dengar Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi Guna Taranum Jiharkah

amir ahnaf tajwid

“Tajwid On Point” Peminat Terpegun Dengar Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi Guna Taranum Jiharkah

Suara merdu semasa membaca ayat suci al-Quran, pelakon Amir Ahnaf meraih perhatian orang ramai selepas video dirinya mengaji tular di media sosial.

Video yang dimuat naik oleh personaliti media sosial yang terkenal membuat kandungan islamik, Abdul Qawiy Abd Rashid menunjukkan Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairuddin berjaya menghabiskan Ayat Kursi yang dibaca olehnya.

Dalam cabaran Quran Challenge yang dilakukan Qawiy, Amir yang terkenal dengan dengan gelaran Kapla High Council dilihat tenang dan tersipu malu ketika menyambung bacaan yang dimulakan oleh pempengaruh itu.

Bagaimanapun, pelakon drama bersiri Projek: High Council terbabit dengan tenang berjaya menghabiskan ayat ke-255 dalam Surah Al-Baqarah itu menggunakan lagu taranum Jiharkah.

Walaupun pada asasnya suara pelakon berusia 23 tahun itu agak besar dalam drama televisyen namun apabila membacakan ayat al-Quran yang sering dihafal oleh orang ramai itu, suaranya bertukar menjadi lunak dan lembut.

Kredit: @qawiyaro/TikTok

Selepas pelakon asal Terengganu itu menghabiskan ayat al-Quran tersebut, Qawiy serta merta memuji kehebatannya dalam bertarannum.

“Masya-Allah power tarannum dia, belajar tarannum ni,” komen Qawiy.

Amir yang malu dengan komen tersebut menutupi rasa itu dengan ketawa yang perlahan.

Nama Amir mula mencanak naik dalam industri seni selepas dia berhasil menghidupkan watak Kahar dalam drama bersiri terkenal pada tahun ini.

Julai lalu, Amir turut memenangi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 dalam kategori BBNU Lelaki Popular.

BACA: Terpaksa Catu Mi Segera Kepada 2, Detik Sukar Amir Ahnaf Ketika PKP

Reaksi warga maya

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian orang ramai kerana rata-rata warga maya suka akan kelunakan suara pelakon tersebut.

Warga maya mula meninggalkan komen memuji suaranya dan menyifatkan Amir memiliki peribadi yang sempurna selain pandai bertarannum.

“Wow tajwid on point,” komen salah seorang warga maya.

“Kahar ni suara kasar bila bercakap tetapi bila baca ayat suci al-Quran terus bertukar menjadi lembut,” ujar netizen.

“Sedapnya suara, masya-Allah,” komen warga maya.

@qawiyaro

tebuk ngaji kapla high council @Amir Ahnaf masyaAllah merdunya suara patut la ramai cair🫠😆 #terjahngaji #quranchallenge #mantuy

♬ original sound – qawiyaro – qawiyaro

Sumber: @qawiyaro/TikTok

The post “Tajwid On Point” Peminat Terpegun Dengar Amir Ahnaf Baca Ayat Kursi Guna Taranum Jiharkah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*