Ini Helah Kawal Makanan Manis Sewaktu Berbuka Puasa

makanan manis berbuka puasa

Ini Helah Kawal Makanan Manis Sewaktu Berbuka Puasa

Pada waktu berbuka, kita sememangnya disarankan untuk mengambil makanan dan minuman manis terlebih dahulu. Hal ini disebabkan, ia dapat memberikan tenaga segera kepada tubuh selepas tidak mengambil apa-apa sumber tenaga dalam masa yang lama.

Menurut Hello Doktor, proses fungsi tubuh iaitu metabolisme akan berlaku perlahan semasa berpuasa. Perkara ini disebabkan sumber tenaga yang diperoleh dari makanan yang diambil ketika sahur banyak yang hilang selepas melakukan aktiviti seharian.

Jadi, anda perlu berbuka puasa dengan makanan atau minuman yang manis kerana ia berperanan mengembalikan tenaga dan stamina tubuh yang hilang dengan cepat.

Peningkatan kadar gula ini membantu mengembalikan fungsi metabolisma tubuh kepada normal dan memudahkan proses penghadaman.

Akan tetapi, ini bukan alasan anda boleh melantak segala makanan manis yang wujud di atas muka bumi ini ketika waktu berbuka.

Pengambilan gula secara berlebihan dapat memberikan anda lebih banyak risiko terhadap beberapa masalah kesihatan. Antaranya, obesiti, risiko penyakit jantung, diabetes tahap dua, risiko penyakit kanser dan banyak lagi.

Maka, kita masih perlu mengawal pengambilan makanan dan minuman manis ketika berbuka puasa.

“Saya pernah cuba, tapi susahlah… Lagi-lagi air manis yang sejuk-sejuk tu.”

Sebenarnya ramai juga yang mengalami masalah yang sama seperti di atas. Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini, jangan risau!

Seorang jurulatih kesihatan, Mohd Shahfazreen telah berkongsi tip untuk mengawal ‘mulut manis’ anda semasa berbuka puasa.

Berikut merupakan perkongsiannya:

Aku kongsikan beberapa tips kawal “sweet tooth” dan rasa mengidam ‘craving’ pada manisan selepas berbuka puasa. 

1. Usahakan ada sumber serat setiap kali berbuka. Sayur-sayuran, buah-buahan atau sumber karbo kompleks.
2. Fungsi serat ia akan perlahankan tindak balas gula dalam darah. Bantu untuk mengawal rasa craving terhadap manis-manisan selepas makan.
3. Berkumur dapat membantu dalam menghilangkan ‘gian’ nak cari manisan. Bila aftertaste makanan tak ada, sweet tooth ikut kurang bersama.
4. Berus gigi turut membantu. Rasa pudina yang ada ubat gigi biasanya akan menutup selera untuk menjamah pencuci mulut, makanan manis dan sebagainya.
5. Makanlah menu utama untuk berbuka puasa secara perlahan. Dari suapan pertama, badan kita akan mengambil masa sekitar 15 minit untuk rasa kenyang.
6. Bila dah muncul rasa kenyang pada otak kita, keinginan untuk menjamah manisan pun akan berkurangan. Jadi, tunggu sat!
7. Minum air kosong secukupnya. Ia sangat berkesan untuk merendahkan selera makan terhadap manis-manisan.
8. Selalu self talk pada diri sendiri untuk kurangkan berat badan. Lepas makan, sentiasa ingatkan diri supaya cukup dengan apa yang ada.
9. Ingatkan diri sendiri bahawa setiap makanan manis tinggi kalori dan gula ringkas menyebabkan kita makin sukar untuk mengawal selera makan.
10. Jika betul sangat teringin, ambil dalam jumlah yang sekadarnya. Seperti, segelas air manis, sepotong kecil kek, dua biji kuih dan sebagainya.

Akhir kata, nak makan dessert lepas makan nasi, boleh belaka. Anda hanya perlu tahu cara untuk mengawalnya sahaja. 
Kita tak berlebihan, kalori dapat dijimatkan, tetap dapat merasai nikmat kehidupan. Dalam masa sama,  masih dapat menurun berat badan dan menjamin kesihatan badan.

BACA: World Athletics Larang Transgender Bertanding Acara Sukan Wanita

Sumber: Mohd Shahfazreen via Facebook

The post Ini Helah Kawal Makanan Manis Sewaktu Berbuka Puasa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*