Tak Patut Ambil Kesempatan, Difahamkan Warga Emas Itu Sudah Nyanyuk – Mohd Amar

warga emas nyanyuk

Tak Patut Ambil Kesempatan, Difahamkan Warga Emas Itu Sudah Nyanyuk – Mohd Amar

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menjadikan video seorang warga emas yang mendakwa ‘UMNO adalah kafir’ sebagai modal politik susulan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin menghampiri.

Lapor Sinar Harian, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Datuk Mohd Amar Abdullah berkata semua pihak tidak sepatutnya mengambil kesempatan kepada kenyataan yang diberikan.

Beliau turut difahamkan warga emas itu sudah berusia dan nyanyuk, malah keluarganya juga telah meminta supaya video itu tidak disebarkan dan dipadam.

“Tidak sepatutnya kita ambil kesempatan. Orang Pas ni ada 1 juta lebih…takkan kita nak ambil satu kenyataan dan orang ini (makcik) tiada apa-apa jawatan.

“Macam mana kalau saya kata orang UMNO merompak, orang UMNO tak betullah…jangan terlalu kita ni murah menggunakan isu murahan untuk berpolik,” katanya.

Beliau berkata demikian untuk menjelaskan isu seorang wanita yang merupakan penyokong parti Pas didakwa ‘mengkafirkan’ parti lain dalam sebuah video.

Rakaman itu kemudiannya tular di media sosial selepas kenyataan itu meraih perhatian warga maya.

Jelasnya, perkara itu akan menjadi tidak terkawal sekiranya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pemimpin Pas yang mempunyai jawatan.

Mohd Amar berkata ia tidak menjadi satu isu susulan kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang warga emas.

BACA: PRN: Manifesto BN-PH Kelantan Garis 4 Teras, 34 Tawaran

Rugi jika Selangor tidak kekal bawah kerajaan perpaduan selepas PRN

Dalam perkembangan lain, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata ia menjadi suatu kerugian buat negeri Selangor, tidak berada di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan selepas PRN, 12 Ogos ini.

Ini kerana Selangor menjadi antara nadi ekonomi negara dengan menyumbang antara 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahun lepas.

Jelasnya, dengan pelaburan luar yang besar, Selangor muncul negeri paling utama membantu rakyat Malaysia mengubah kehidupan, dengan menawarkan peluang pekerjaan tinggi.

Jelas beliau, penyatuan gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan di Selangor, dapat dilihat menerusi keterbukaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang memberi ruang kepada BN, bertanding lebih banyak kerusi pada PRN ini.

Sumber: Sinar Harian

The post Tak Patut Ambil Kesempatan, Difahamkan Warga Emas Itu Sudah Nyanyuk – Mohd Amar appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*