Tak Perlu Risau Kalau Duit Tak Cukup, Ini Tips Plaza Tol Berguna

tips plaza tol

Tak Perlu Risau Kalau Duit Tak Cukup, Ini Tips Plaza Tol Berguna

Pernah tak alami satu situasi tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjalani kehidupan seharian? Kadang-kadang, duit itu disimpan untuk kegunaan kecemasan seperti duit minyak, barang keperluan dan sebagainya.

Situasi tersebut membuatkan kita terlepas pandang perkara-perkara yang kecil, antaranya wang untuk tambah nilai kad Touch ‘n Go, kerana tidak terfikir mengenai perkara tersebut.

Walaupun ia dikatakan sebagai satu fasa kehidupan tetapi perkara tersebut banyak memberi pengajaran dan pengalaman dalam hidup.

Pun begitu, sebenarnya ada teknik atau cara yang boleh dibuat sekiranya mempunyai kekurangan wang atau wang tidak mencukupi ketika melalui lebuh raya plaza tol.

Usahawan hebat, Azri Walter berkongsi kepada umum perkara yang pernah dilakukan olehnya ketika tidak mempunyai wang untuk melalui plaza tol.

Cara tersebut telah dilakukan olehnya sejak dari zaman dahulu semasa dia mengalami masa yang sukar.

Oleh hal yang demikian, mari ikuti tips yang diberi oleh Azri supaya dapat digunakan atau dibuat rujukan pada masa hadapan.

BACA: Bawa Myvi Sendiri, Wanita Kongsi “Roadtrip” Keluarga 6H5M Ke Hatyai & Krabi, Modal Tak Sampai RM 3k

Tips plaza tol

Gambar hiasan: BERNAMA

Saya selalu lalui perkara ini waktu zaman tengah keras dulu. Ada banyak ketika, saya lalu tol dalam keadaan saya dah tiada duit langsung. Punyalah tiada sehinggakan duit syiling pun kering.

Ada orang yang sudah tahu benda ni dan ada orang tidak tahu.

Oleh itu, jika korang lalu tol dan tiada duit atau tertinggal duit dan sebagainya, jangan panik, jangan lari, jangan menangis rekod video post tiktok dan jangan langgar palang tu.

Ini solusinya:

1. Pergi lorong yang ada jurutol.

2. Mohon maaf dan beritahu jujur bahawa kita tiada duit.

3. Jurutol akan keluar untuk catatkan nombor pendaftaran kenderaan dan berikan satu slip hutang. Kemudian juru tol akan bayarkan dahulu lalu palang akan terbuka.

4. Nanti bila-bila sudah ada duit (ikut tempoh bayar semula, yang tertulis dalam slip) guna semula highway itu, tunjukkan slip yang diberikan dan bayar hutang tol.

Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Yang penting jangan menggelupor. Apabila kita tenang, otak kita akan berfungsi dengan lebih baik.

Sumber: FB Azri Walter

The post Tak Perlu Risau Kalau Duit Tak Cukup, Ini Tips Plaza Tol Berguna appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*