Bekas Penyampai Suria FM Zizi Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

suria fm zizi

Bekas Penyampai Suria FM Zizi Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung

Bekas penyampai radio Suria FM, Ahmad Zuwairi Mohd Nor dilapor telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 1.47 pagi, pada Khamis.

Lapor Awani, Ahmad Zuwairi atau lebih mesra disapa Zizi meninggal dunia di Hospital Melaka akibat lemah jantung.

Difahamkan, berita pemergian lelaki berusia 42 tahun itu disahkan oleh salah seorang ahli keluarganya yang merupakan biras Allahyarham, Muhammad Saffuan.

Pada 11 malam, Zizi dikejarkan ke hospital kerana tidak menyedarkan diri di rumahnya.

Zizi mengadu berasa letih kepada isterinya Noor Hidayah Sabidi dan menuju ke biliknya untuk berehat.

Namun, apabila dia cuba untuk memanggil suaminya, Zizi tidak memberikan respons.

Disebabkan itu, Noor Hidayah segera menghubungi ambulans apabila melihat keadaan Zizi.

BACA: Budak Perempuan Melecur Mangsa Mercun Meninggal Dunia

Pernah dimasukkan ke hospital

Sebelum ini, media turut melaporkan bahawa Allahyarham mengalami masalah lemah jantung yang memerlukan beliau mendapatkan rawatan di hospital.

Dalam masa yang sama, Zizi turut mengalami air berlebihan dalam badan.

Allahyarham meninggalkan tiga cahaya mata, berusia antara dua hingga enam tahun dan seorang isteri.

Jenazah itu kemudiannya akan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka hari ini.

Perkhidmatan bersama Suria FM

Untuk rekod, Zizi mula berkhidmat di Suria FM sejak empat tahun  lalu bersama Halim Othman dan Sharifah Shahira untuk segemn Breakfast@Suria.

Beliau juga pernah mengendalikan segmen Menu Ceria Suria bersama Myra pada 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Ridzuan Hashim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Terdahulu pada 4 Mei, pelakon terkenal tanah air Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 1.57 tengah hari tadi, dipercayai akibat serangan jantung.

Anak saudara Allahyarham, Iman Zulkarnain, 32, ketika ditemui di HKL berkata bapa saudaranya yang berumur 62 tahun itu menghidap masalah jantung sejak tiga tahun lepas.

“Allahyarham rebah secara tiba-tiba semasa sedang bersarapan pagi. Usaha memberi CPR (bantuan pernafasan) juga telah dilakukan oleh anaknya ketika itu sebelum menghubungi ambulans.

“Arwah kemudiannya dikejarkan ke HKL sekitar 11 pagi tadi,” katanya kepada Bernama.

Sumber: Awani

The post Bekas Penyampai Suria FM Zizi Meninggal Dunia Akibat Lemah Jantung appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*