Tak Sama, Ini Beza Cara Penggunaan “Sometime” & “Sometimes”

penggunaan sometime sometimes

Tak Sama, Ini Beza Cara Penggunaan “Sometime” & “Sometimes”

Penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian adakalanya boleh mengelirukan kerana perkataan bagi ejaan tersebut adalah sama namun kadang-kadang maksud yang dibawa adalah berlainan.

Kebiasaannya, satu perkataan boleh membawa satu hingga tiga maksud yang berlainan dalam satu penggunaan ayat.

Terdapat juga beberapa perkataan Inggeris yang hanya ditambah huruf ‘s’ di belakang, juga memberi maksud berlainan.

Kadang-kadang perkara itu boleh membuntukan orang ramai, namun jangan risau kerana artikel SK pada kali ini akan menjelaskan maksud yang ramai keliru.

Kali ini, ia lebih tertumpu kepada penggunaan ayat sometime dan sometimes, yang diterangkan oleh @cikgurachael di TikTok mengenai maksudnya.

Beliau yang rajin berkongsi ilmu di platform tersebut, mengambil peluang untuk mendidik orang ramai supaya ramai menjadi lebih yakin untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.

BACA: Ramai Silap, Ini Sebutan Sebenar ‘Croissant’ Ikut Bahasa Perancis

Penggunaan sometime dan sometimes

Menerusi video pendek berdurasi 48 saat itu, beliau berkata dua perkataan tersebut digunakan pada waktu yang berlainan mengikut kesesuaian.

Jelasnya, sometime apabila diterjemahkan membawa erti tidak pasti, di mana individu tersebut tidak menyatakan waktu dan tarikh yang khusus dalam satu situasi.

Sometime tidak sama maksud dengan sometimes.

Sometime membawa maksud ‘tidak pasti’ bila, di mana hari dan waktu tidak dinyatakan,” katanya.

Cikgu Rachel menggunakan nama Sam dan situasinya yang mahu membayat bil.

Sebagai contoh:

Bahasa Inggeris: Sam will pay the bills, sometime next week.

Melayu: Sam akan membayar bil-bil itu pada bila-bila masa minggu depan.

Dari sini boleh dilihat, Sam memilih untuk tidak menyatakan waktu yang khusus untuk membayar bil tersebut kerana tidak pasti bila dia akan membayarnya.

Oleh sebab itu, penggunaan sometime adalah bersesuaian dengan ayat tersebut kerana Sam tidak mengetahui waktu yang sesuai untuk membayar bil.

Sekiranya Sam menyatakan hari yang dia ingin membayar bil tersebut, ayat itu boleh dinyatakan secara jelas speerti penjelasan Cikgu Rachel di bawah ini.

“Berbanding dengan Sam will pay the bills next Friday first thing in the morning.

“Dalam bahasa Melayu, Sam akan bayar bil-bil itu, Jumaat depan sejurus bangun pagi atau mula kerja,” jelasnya.

Ia jelas dilihat bahawa penggunaan sometime tidak sesuai untuk digunakan kerana Sam telah menyatakan waktu untuk melakukan tugasnya.

Sementara itu, sometimes pula membawa erti kadang-kadang, yang sesuai digunakan apabila individu itu jarang melakukan perbuatan sedemikian dalam kehidupan hariannya.

Contoh:

Bahasa Inggeris: Sam sometimes drives to work.

Bahasa Melayu: Sam kadang-kadang memandu ke tempat kerja.

Ia menunjukkan Sam jarang memandu ke tempat kerja, kerana kemungkinan sebelum ini dia pergi kerja dengan pengangkutan awam atau ditemani temannya.

Senang kan, lepas dah tahu boleh gunakan dengan betul selepas ini!

Tonton video penuh di bawah ini, semoga bermanfaat!

@cikgurachael

Belajar Bahasa Inggeris. Belajar Speaking dengan mudah. #cikgu #gurutiktok #tiktokguru #malaysiafyp #fypmalaysia #fypmalaysia #fypmalaysiatiktok #fypmalaysia🇲🇾tiktok #malaysia #malaysian #speakingpractice #belajar #belajarspeaking #belajaronline

♬ original sound – Cikgu Rachael – Cikgu Rachael

Sumber: @cikgurachael/TikTok

The post Tak Sama, Ini Beza Cara Penggunaan “Sometime” & “Sometimes” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*