Lelaki Tikam Rakan Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Majikan

lelaki tikam rakan rapat majikan

Lelaki Tikam Rakan Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Majikan

Tindakan seorang lelaki warga Myanmar yang menikam rakan senegaranya sehingga mati di sebuah rumah kongsi di Jalan Renggam-Kluang pada Jumaat lalu dipercayai berlaku disebabkan rasa tidak berpuas hati kerana rapat dengan majikan.

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata suspek menggunakan alatan gunting pemotong dahan semasa pertengkaran berlaku.

Difahamkan, mangsa dalam lingkungan 30-an maut selepas Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) memaklumkan kejadian itu kepada polis pada 12,55 tengah malam.

“Sebelum itu mangsa telah dihantar ke HEBHK oleh rakannya selepas mengalami kecederaan. Hasil siasatan polis telah mengenal pasti lokasi kejadian iaitu di rumah kongsi terbabit yang berada dalam ladang berkeluasan lapan hektar.

“Suspek merupakan lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pekebun bersama-sama mangsa,” katanya pada Ahad.

Beliau turut berkata, pada jam 7.40 petang Jumaat berlaku satu pertengkaran mulut.

Kejadian itu melibatkan isteri mangsa, suspek dan suaminya sebelum berlaku pergelutan.

“Suspek kemudian menikam mangsa dengan menggunakan gunting pemotong dahan sehingga cedera parah.

“Motif kejadian dipercayai kerana suspek tidak berpuas hati mangsa sentiasa rapat dengan majikan,” ujar beliau.

BACA: Wanita Myanmar Maut Ditikam Kekasih

Tambahnya, sekitar jam 5 petang Sabtu, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang telah menahan seorang lelaki warga asing berusia 30-an.

“Pada jam 9 malam hari yang sama, pihak polis turut menahan seorang lagi lelaki warga asing berusia 40-an di sebuah ladang pisang di Ladang Bukit Benut, Pontian.

“Turut dirampas dua telefon bimbit daripada kedua-dua suspek berkenaan. Pihak IPD Kluang masih lagi mengesan seorang lagi suspek utama yang masih bebas bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada serta menyalurkan maklumat menerusi talian 07 7784222 atau ‘direct line’ 07 7766822 atau 014 3656822.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Ikan Buntal Dari Jepun Selamat Dimakan – Persatuan Fugu Antarabangsa

The post Lelaki Tikam Rakan Gara-gara Cemburu Rapat Dengan Majikan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*