Tuan Tengah Tidur Sampai ‘Terlompat’, Si Bulus Buat Hal Bawa Hadiah Katak Letak Atas Katil

majikan bawa hadiah

Tuan Tengah Tidur Sampai ‘Terlompat’, Si Bulus Buat Hal Bawa Hadiah Katak Letak Atas Katil

Si Bulus atau kucing adalah merupakan haiwan peliharaan yang menjadi pilihan bagi ramai penduduk dunia.

Sifatnya yang manja dan comel telah membuatkan kucing sering mendapat perhatian si pencinta haiwan.

Selain manja, kucing juga boleh dilatih seperti anjing untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah seperti mengambil barang menggunakan mulut dan sebagainya.

Oleh itu, kucing akan menunjukkan tingkah lakunya yang istimewa apabila mereka mula mempercayai tuannya.

Antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kucing adalah seperti, tidur bersama disamping pemilik, menunjukkan perutnya, membawa barangan seperti daun kering sebagai hadiah dan macam-macam lagi.

Apabila bercakap soal membawa hadiah, kejadian yang menggelikan lagi mengerikan mungkin boleh terjadi kepada anda.

Sebagai contoh, sebuah video yang tular di media sosial ini yang menunjukkan seekor kucing telah membawa hadiah kepada tuannya iaitu seekor katak yang besar.

Video itu adalah merupakan rakaman kamera litar tertutup di sebuah bilik di rumah pemilik haiwan berkenaan.

Video berkenaan kemudiannya telah dikongsikan oleh sebuah laman Facebook yang bernama In The Know.

Berdasarkan video perkongsian tersebut, pemilik kucing itu didapati sedang tidur lena di atas sebuah katil. Berada disampingnya kelihatan seekor kucing berbulu lebat serta seekor katak bersaiz besar.

Pada awal video tersebut, lelaki itu dilihat cuba meraba-raba untuk mencari kucingnya. Bagaimanapun, dia mengalami detik mengejutkan selepas terpegang seekor katak besar yang turut berada disampingnya.

Kredit Facebook

Lelaki itu dipercayai mungkin terkejut selepas memegang badan katak yang basah dan lembik tersebut.

Ekoran kejadian mengejutkan itu, lelaki tersebut lantas bangun daripada tempat tidur dan cuba mengenal pasti ‘objek’ apa yang dipegangnya.

Kredit Facebook

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada penggemar haiwan. Mereka turut meninggalkan komen yang teruja melihat kejadian tersebut.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Kucing saya telah membawa pulang banyak ‘hadiah’ selama bertahun-tahun,” tulis seorang netizen.

“Kucing saya kadang kala akan membawa pulang burung dan cicak dari luar pada waktu pagi” tulis seorang lagi netizen.

“Satu lagi sebab kenapa saya tak mahu membela kucing,” tulis seorang netizen bergurau.

Sumber: Facebook/In The Know

The post Tuan Tengah Tidur Sampai ‘Terlompat’, Si Bulus Buat Hal Bawa Hadiah Katak Letak Atas Katil appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*