Tak Sanggup Dicurangi, Wanita Kurung Dan Jadikan Teman Lelaki Tahanan

Kurung teman lelaki

Tak Sanggup Dicurangi, Wanita Kurung Dan Jadikan Teman Lelaki Tahanan

Seorang wanita di Argentina telah ditangkap selepas didapati mengurung teman lelakinya sebagai tahanan selama tiga hari kerana tidak mahu dicurangi, lapor Oddity Central.

Polis berjaya menemui mangsa seorang lelaki berusia 29 tahun di rumah suspek di bandar La Plata di Argentina, Sabtu lalu.

Mangsa mendakwa bahawa dia telah dikurung di rumah tersebut selama lebih 72 jam selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang dikenali selama enam bulan.

Menurut mangsa, selepas menyahpasang aplikasi WhatsApp di telefon mangsa, suspek kemudian menghempas telefon mangsa ke lantai untuk menghalangnya daripada berkomunikasi dengan wanita lain.

Suspek dilaporkan mengunci teman lelakinya itu dalam sebuah bilik di rumahnya.

Suspek mengurung mangsa di sana selama tiga hari berturut-turut, sehinggalah mangsa berjaya mendapatkan telefonnya semula dan menghantar mesej kepada rakannya.

Setibanya polis di rumah yang terletak di Jalan Villa Ponsati, La Plata, mereka dengan jelas dapat mendengar jeritan minta tolong lelaki tersebut dari bilik yang berkunci.

Dalam kejadian itu, polis turut menahan suspek yang berusia 30 tahun selepas membebaskan mangsa dari tahanan.

Sangat cemburu sehingga waktu keluar lepak ditetapkan

Kredit El Dia

Mangsa kemudian mendedahkan bahawa teman wanitanya itu sangat cemburu sejak awal perhubungan tersebut. Katanya setiap kali mahu keluar berjumpa dengan rakan-rakanya teman wanitanya akan menetapkan masa untuk pulang.

“Dia mengugut saya, jika saya tidak tiba pada waktu yang ditetapkan, maka dia akan datang ke tempat saya berada untuk mencari saya,” kata lelaki itu kepada polis.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Lelaki itu turut berkata bahawa perasaan cemburu teman wanitanya semakin menjadi-jadi seiring waktu berlalu.

Tambah lelaki itu, suspek memberitahunya bahawa dia akan menahannya untuk memastikan dia tidak curang.

Tidak jelas bagaimana mangsa berjaya mendapatkan kembali telefonnya dan menghantar mesej kepada rakannya. Jika dia tidak berbuat demikian, pasti dia akan berada di dalam bilik itu sehingga kini.

Wanita yang cemburu buta itu kemudiannya telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan “merampas kebebasan seseorang secara haram”.

Sumber: Oddity Central

The post Tak Sanggup Dicurangi, Wanita Kurung Dan Jadikan Teman Lelaki Tahanan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*