Tak Sangka Beli Tepi Jalan Je Tapi ‘Juicy’, Youtuber UK Kagum Kelazatan Burger Ramly

youtuber uk kagum dengan burger ramly

Seorang Youtuber UK, Heli kagum dengan kelazatan burger Ramly semasa dia mencubanya buat kali pertama.

“Sangat sedap, daging sangat lembut. Saya suka burger ini,”

Itu merupakan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang pelancong luar dari United Kingdom bernama Heli apabila mencuba burger Ramly di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.

Heri yang juga seorang vlogger mencuba pelbagai makanan tempatan di Malaysia dan telah mengambil keputusan untuk pergi ke salah satu gerai burger Ramly yang menghasilkan hidangan terbaik berhampiran dengan KLCC.

Heri membuat pesanan dengan memilih double cheese burger yang berharga RM10 sebagai salah satu hidangan yang ingin dicuba olehnya di gerai tersebut.

Walaupun gerai burger itu kecil, namun pesanan yang diterima oleh peniaga tersebut agak ramai hingga membuatkan vlogger UK tersebut terkejut.

Disebabkan perasaan ingin tahu membuak-buak, Heri berkata dia tidak sabar untuk merasai burger tersebut walaupun masa menunggu mencecah hampir satu jam disebabkan banyak pesanan yang diterima oleh peniaga berkenaan.

Setelah menikmati gigitan pertama, kelihatan Heri sangat berpuas hati dengan burger yang dipesan olehnya.

Kredit: Youtube

Sambil menunjukkan burger di kamera, Heri berkata semua orang patut merasai kelazatan burger tepi jalan itu.

“Ia sangat sangat sedap, daging sangat lembut, sos juga manis dan roti itu dibakar dengan baik.

“Kamu perlu datang ke sini, ia merupakan salah satu burger yang terbaik yang pernah saya rasai,” katanya semasa memberi huraian mengenai kelazatan burger itu.

Heri turut memberikan tanda suka kepada peniaga dengan mengatakan ia burger yang sangat sedap.

“Sangat sedap, saya sangat menyukainya,” tambah Heri.

Dia turut membungkus burger ayam untuk dibawa pulang kerana mahu merasai kesedapan yang ada dalam burger itu lagi.

Pengunjung lain turut iktiraf kelazatan burger Ramly

Semasa menunggu burger itu siap, dia melewati seorang pengunjung dari Taiwan yang juga sedang menunggu makanannya siap.

Ironiknya, walaupun kawan vegetarian wanita bernama Grace yang mencadangkan tempat itu, dia masih memilih untuk pergi kerana percaya dengan kelazatan yang diceritakan oleh rakannya.

Itu merupakan kali pertama buat Grace menjejakkan kaki di tempat itu dan dia menempah burger ikan bersalut telur seperti yang disarankan oleh peniaga burger tersebut.

Kredit: Youtube

Heri kemudiannya berkata, dia ingin menunggu dan merekodkan reaksi wanita terbabit sementara dia menunggu burgernya siap.

“Saya rasa ia sangat sedap, telurnya sangat lembut,” ujar wanita itu sambil menggigit burger.

Sumber: This Food Bangz via Youtube

The post Tak Sangka Beli Tepi Jalan Je Tapi ‘Juicy’, Youtuber UK Kagum Kelazatan Burger Ramly appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*