Pelajar Cemerlang SPM Jaga Ibu Hingga Hujung Nyawa Sahkan Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian

Pelajar cemerlang SPM 10 tawaran

Pelajar Cemerlang SPM Jaga Ibu Hingga Hujung Nyawa Sahkan Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian

Pelajar cemerlang SPM 2022, Muhammad Syahril Saidi yang memperoleh 11A dilaporkan menerima lebih 10 tawaran pengajian termasuk biasiswa, lapor Sinar Harian.

Muhammad Syahril, 18, berkata tawaran itu datang daripada Petronas, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan kerajaan negeri.

“Beberapa universiti awam termasuk Universiti Malaya juga ada menawarkan saya untuk menyambung pengajian di tempat mereka.

“Tak sangka terlalu banyak tetapi alhamdulillah dan saya belum lagi membuat apa-apa keputusan untuk memilih yang mana,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kandis pada hari ini. 

Dalam pada itu, pada Sabtu lalu, pelajar dari Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Beris Lalang itu baharu sahaja kehilangan ibu tersayangnya.

Ibunya dipercayai meninggal dunia kerana serangan angin ahmar

Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, dilaporkan meninggal dunia akibat angin ahmar, dua hari selepas keputusan cemerlang SPM anaknya diumumkan.

“Sebelum ini saya berhasrat menyambung pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok. Ia bagi mendapatkan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan berada lebih dekat untuk menjaga ibu yang sakit.

“Apa-apa pun saya akan berbincang dengan keluarga dan guru selepas ini bagi memilih tawaran yang bersesuaian,” ujarnya.

Sementara itu, anak bongsu daripada enam beradik itu berkata bahawa kejayaan yang diperolehinya adalah berkat pengorbanan arwah ibu dan adik-beradik serta ibu bapa saudaranya yang tidak henti memberinya semangat untuk menuntut ilmu.

“Mereka yang sepatutnya diraikan. Saya amat berterima kasih kerana merekalah yang membantu menguruskan ibu sepenuhnya ketika saya bersekolah.

“Saya tidak mampu untuk menghadapi semua ini seorang diri dan amat menghargainya,” tambahnya.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Terdahulu, kisah adik Muhammad Syahril menjadi tular selepas muat naik sebuah video yang menunjukkan wakil sekolah datang kerumahnya untuk memberikan penghargaan.

Beliau yang memperolehi keputusan cemerlang SPM bagaimanapun tidak dapat hadir e sekolah untuk mengambil slip keputusan tersebut kerana sedang menjaga ibunya.

Muhammad Syahril juga sekali lagi telah berjaya mencuri tumpuan lensa kamera wartawan selepas beliau mengimamkan jenazah ibunya yang telah meninggal dunia.

Sumber: Sinar Harian

The post Pelajar Cemerlang SPM Jaga Ibu Hingga Hujung Nyawa Sahkan Terima Lebih 10 Tawaran Pengajian appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*