Tak Sengaja Tembak Lantai Bank, Polis Bantuan Ditahan

Tembak Lantai Bank

Tak Sengaja Tembak Lantai Bank, Polis Bantuan Ditahan

Seorang polis bantuan lelaki dipercayai tak sengaja melepaskan tembakan di sebuah bank di Pekan Jasin sehingga menyebabkan tiga orang pelanggan bank cedera, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata bahawa aduan daripada orang awam telah diterima berhubung kejadian oleh pihaknya pada jam 12.55 tengah hari tadi.

Menurut Ahmad Jamil, individu berusia 59 tahun itu dipercayai bertugas sebagai polis bantuan di sebuah ladang dan datang ke bank bagi urusan gaji pekerja.

Bagaimanapun, individu terbabit secara tidak sengaja telah tertembak ke arah lantai premis berkenaan menggunakan senapang jenis Vinwinchester.

 “Tembakan itu menyebabkan seorang pengawal keselamatan lelaki berusia 25 tahun mengalami luka kecil di bahagian atas telinga kanan.

“Manakala dua perempuan masing-masing berusia 28 dan 46 tahun mengalami kecederaan ringan dan luka kecil di bahagian paha dan betis kaki kiri. Ia disebabkan terkena serpihan batu mozek lantai bank tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.

Polis bantuan itu telah ditahan

Tambahnya, individu terbabit kemudiannya telah ditahan untuk tujuan siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Selain itu, polis turut merampas senapang jenis Vinwinchester model 1200 GA 2.3 chamber siri L 1207477 berserta kelongsong peluru.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Dalam pada itu, seorang saksi kejadian yang dikenali sebagai Nurul Ain Jumaat, 20, berkata dia telah terdengar bunyi tembakan yang kuat.

Nurul Ain yang bekerja di sebuah kedai telefon bimbit dikatakan sedang berurusan untuk memasukkan duit di kaunter bank ketika kejadian itu berlaku.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi satu tembakan kuat dari arah belakang dan saya sangka bank sedang dirompak.

“Namun saya ternampak seorang polis bantuan dalam keadaan tergamam. Saya terlihat lantai jubin bank pecah dipercayai kerana tembakan itu,” katanya.

Jelas Nurul Ain lagi, polis bantuan itu dikatakan turut terkejut dengan kejadian itu. Kakitangan bank kemudiannya meminta pelanggan untuk beredar dari premis tersebut.

Sumber: Sinar Harian

The post Tak Sengaja Tembak Lantai Bank, Polis Bantuan Ditahan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*