Simulasi Superkomputer Ramal Bila Waktu Manusia Akan Pupus Dari Muka Bumi

superkomputer manusia bakal pupus

Simulasi Superkomputer Ramal Bila Waktu Manusia Akan Pupus Dari Muka Bumi

Perubahan iklim adalah antara ancaman terbesar yang sedang dihadapi oleh manusia di seluruh dunia. Banyak pihak, khususnya penyelidik merasa bimbang dan ingin tahu bagaimana perubahan iklum boleh menjejaskan kehidupan di Bumi.

Misalnya, saintis sebelum ini pernah memberi amaran bahawa peningkatan suhu global sebanyak 1.5 darjah celcius sudah cukup untuk mencetuskan suasana kacau bilau.

Tidak terhenti disitu, komuniti saintis juga mahu tahu apakah nasib manusia di masa hadapan dan berapa lama spesis ini mampu bertahan dengan perubahan iklim.

Bagi menjawab persoalan tersebut, mereka telah menggunakan beberapa pendekatan untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya, penyelidik daripada Universiti Bristol menggunakan superkomputer untuk meramal masa depan manusia berdasarkan data-data perubahan iklim semasa.

Data-data yang dimuatnaik dalam superkomputer berkenaan adalah seperti perubahan iklim Bumi, pergerakan plat tektonik, perubahan kimia dan biologi lautan.

Pembentukan benua super, Pangea Ultima  cetus perubahan iklim yang drastik

Hasil simulasi superkomputer mendapati bahawa dunia akan kelihatan jauh berbeza dengan keadaan sekarang.

Disebabkan pergerakan plat tektonik, benua-benua akan berubah posisi dan bentuk. Ia seterusnya menghasilkan benua super baharu dikenali sebagai Pangea Ultima. 

Salah seorang penyelidik yang terlibat, Dr Alexander Farnsworth turut mengulas hasil simulasi superkomputer berkenaan.

”Benua baharu yang muncul itu akan menghasilkan efek kejutan berganda. Ia terdiri daripada kesan pembentukan benua, matahari yang lebih panas dan paras karbon dioksida lebih tinggi dalam atmosfera. Haba di seluruh planet juga meningkat.

“Kesannya adalah persekitaran yang tidak mesra kepada kehidupan iaitu ketiadaan sumber makanan dan air untuk mamalia,” katanya.

Hanya 8 hingga 16 peratus kawasan daratan di benua baharu ini sahaja boleh didiami. Manusia dan spesis lain ketika itu diramal berdepan kesukaran untuk beradaptasi dengan suasana yang ekstrem.

Simulasi superkomputer ramal bila manusia akan pupus

“Suhu di kebanyakan kawasan antara 40 hingga 50 darjah Celsius. Suhu harian boleh mencapai bacaan lebih tinggi, ditambah pula dengan tahap kelembapan tinggi yang  memudaratkan manusia.

“Manusia dan kebanyakan spesies lain akhirnya akan pupus disebabkan ketidakupayaan untuk melepaskan haba melalui peluh dan menyejukkan badan,” katanya lagi.

Dalam simulasi tersebut, gunung-gunung berapi diramal akan meletus dengan lebih kerap dan matahari akan menjadi lebih terik.

Cahaya matahari yang lebih terik ini akan mengeluarkan sinaran berbahaya kepada hidupan-hidupan di Bumi.

Walaupun begitu, simulasi berkenaan meramalkan keadaan itu hanya berlaku, dalam tempoh sekurang-kurangnya 250 juta tahun lagi.

Namun, para penyelidik percaya ini merupakan tanda-tanda amaran kepada manusia untuk menangani krisis perubahan iklim.

“Adalah amat penting untuk kita tidak terlepas pandang dengan krisis iklim semasa yang berpunca daripada pelepasan gas rumah hijau.

”Ketika simulasi itu meramalkan situasi Bumi tidak boleh didiami berlaku 250 juta tahun akan datang, tetapi kita sudah pun merasa kesan haba melampau yang memudaratkan manusia.”

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: Unilad

The post Simulasi Superkomputer Ramal Bila Waktu Manusia Akan Pupus Dari Muka Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*