“Tak Sentuh-Sentuh,” Lelaki Kongsi Adab Rakyat Jepun Ketika Hadiri Pameran Kereta

rakyat jepun pameran kereta

“Tak Sentuh-Sentuh,” Lelaki Kongsi Adab Rakyat Jepun Ketika Hadiri Pameran Kereta

Ramai penggemar kereta sangat ternanti-nantikan acara pameran kereta kerana mereka tidak perlu lagi menatap kereta idaman mereka hanya menerusi skrin telefon pintar sahaja.

Selain itu, mereka dapat bertanya kepada pemilik kereta berkenaan ‘modification‘ dan kos-kos berkaitan dengan pemiliknya secara bersemuka.

Bagi negara yang banyak menghasilkan siri anime kereta seperti Initial D, Wangan Midnight dan sebagainya, sudah semestinya banyak model kereta ‘lejen’ dipamerkan di Jepun.

Sungguhpun begitu, pameran kereta di Jepun bukan sekadar menampilkan kereta luar biasa, sifat pengunjung yang sangat berdisiplin turut menarik perhatian dunia.

Seorang pengguna TikTok (@angahblackerz), telah berkongsi suasana pameran kereta di Jepun yang menampilkan adab pengunjungnya yang wajar dipuji.

Kata Angah, kebanyakan pengunjung yang hadir biasanya akan melihat kenderaan-kenderaan yang dipamerkan, tanpa menyentuh mana-mana bahagian kereta.

“Hah, inilah budaya yang kita kena follow,” katanya ketika beberapa pengunjung Jepun menatap kereta yang dipamerkan berdekatan dengan mereka.

Menariknya, mereka tidak menyentuh kereta tersebut walaupun diri mereka berada betul-betul berdekatan dengan kereta terbabit.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak memegang enjin atau mana-mana bahagian kereta yang dipamerkan dalam acara pameran kereta.

Tambahnya lagi, beliau menggesa rakyat Malaysia untuk menjaga tingkah laku ketika menghadiri acara-acara yang serupa.

Rakyat Jepun sangat berdisiplin, sampai susah nak jumpa kesan cap jari pada badan kereta pameran

Kenyataannya telah disokong oleh isterinya, yang juga merupakan salah seorang pempamer (exhibitor) dalam pameran tersebut.

“Salah satu contoh yang kita kena ikut budaya dekat sini, punctual (menepati masa).” jelas wanita itu.

Wanita itu berkata pameran tersebut dibuka sekitar pukul 9.00 pagi dan diserbu oleh pengunjung tepat pada masanya.

Selain itu, pengunjung pameran kereta di Jepun akan datang dan melihat kenderaan di sana tanpa memegang mana-mana bahagian kereta.

Jika mereka berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut akan sesebuah kereta, mereka akan bertanya dengan cara yang sopan.

Bukan itu sahaja, wanita tersebut mengatakan bahawa dia hanya perlu mengelap kereta pameran dalam lingkungan lima kali sahaja. Boleh dikatakan, agak sukar untuk menemui kesan cap jari pada permukaan badan kereta.

@angahblackerz

Jaga Adab Bila G Event#retrohavocofficial #retrohavoc2023 #tokyoautosalon2023

♬ original sound – Angahblackerz – Angahblackerz

Kurang menggunakan telefon pintar dan bergambar dengan kereta semasa pameran kereta

Berbeza dengan kebanyakan pameran kereta di seluruh dunia, pengunjung pameran kereta di Jepun kurang menggunakan telefon pintar, apatah lagi mengambil gambar bersama kereta tersebut.

Berdasarkan rakaman video tersebut, mereka akan pergi ke setiap kereta secara perlahan-lahan tanpa berlari-lari dan mengamati rekaan kereta secara terperinci.

Sifat ini telah melancarkan perjalanan pameran terbabit sekali gus dapat mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Oleh itu, adab dan disiplin rakyat Jepun ketika menghadiri pameran kereta ini wajar dicontohi semua pihak, tanpa mengira apa-apa pertunjukan, keraian ataupun majlis.

BACA: Viral Budak Cover Lagu Pakai Drum Botol, Tapi Skill Buat Netizen Kagum, “Besar Bakat Dia

Sumber: angahblackerz via TikTok

The post “Tak Sentuh-Sentuh,” Lelaki Kongsi Adab Rakyat Jepun Ketika Hadiri Pameran Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*