Mexico: 20 Lelaki Bersenjata Serang Pusat Renang, Tujuh Maut

lelaki serang pusat renang

Mexico: 20 Lelaki Bersenjata Serang Pusat Renang, Tujuh Maut

BANDARAYA MEXICO, 16 April (Bernama-Sputnik) — Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata menyerang pengunjung

di pusat peranginan renang La Palma di Guanajuato Mexico, menyebabkan tujuh orang terbunuh.

Serangan itu dilaporkan berlaku di perbandaran Cortazar pada Sabtu.

Sekurang-kurangnya 20 lelaki bersenjata bertindak melepaskan tembakan ke arah orang ramai di resort itu, Sputnik memetik laporan akhbar Universal.

Sekurang-kurangnya tujuh orang iaitu tiga wanita, tiga lelaki dan seorang kanak-kanak terbunuh dalam serangan itu.

Suspek sempat melarikan beberapa kamera keselamatan dari resort itu sebelum melarikan diri.

Sumber: BERNAMA-SPUTNIK

The post Mexico: 20 Lelaki Bersenjata Serang Pusat Renang, Tujuh Maut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*