“Bunyi Tak Elok”, Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama ‘Shi + Bai’ Dengan Tunang

Shila Tak Suka Shibai

“Bunyi Tak Elok”, Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama ‘Shi + Bai’ Dengan Tunang

Penyanyi wanita terkemuka, Shila Amzah tidak menggemari gabungan nama dirinya dan tunangnya (pairing name) yang menjadi popular dalam kalangan warga maya ketika ini.

Beliau turut mengatakan sesiapa yang menggunakan gabungan nama tersebut sebagai seseorang yang ‘tidak memiliki otak’ jika terus menggunakan tanda pagar itu..

Untuk makluman, budaya pemberian gabungan nama terhadap mana-mana gandingan mahupun pasangan orang terkenal bermula pada awal 2010-an.

Biasanya, gabungan nama ini diberi dan dipopularkan oleh golongan peminat dalam satu komuniti (fandom) untuk memudahkan pencarian kandungan yang berkaitan dengannya.

Selain daripada selebriti, budaya pemberian gandingan nama ini turut popular dalam atlet sukan yang memaparkan sinergi mantap dalam permainan.

Tak suka ‘Shibai’, Shila anggap pengguna gabungan nama ‘tak ada otak’

Berbeza pula dengan Shila Amzah, beliau berterus-terang bahawa tidak menyukai gabungan nama antara dirinya dengan tunang, Ubai.

Gabungan nama ‘Shi + Bai’ merupakan pemberian warga maya selepas pasangan tersebut mula membuat pengakuan mengenai hubungan romatik mereka pada 8 Februari lalu.

Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila binti Amir Amzah mengatakan perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung di Instagram pada malam Selasa, 13 Jun 2023.

Penyanyi yang berusia dalam lingkungan 32 tahun itu membuka mulut mengenai perkara tersebut apabila salah seorang penonton bertanya soalan mengenai gabungan nama tersebut.

“Kan hashtag (tanda pagar) tu bunyi tak elok. Kemudian, orang ramai selalu menjadikan kami sebagai bahan jenaka dan saya tidak sukakannya,”

Beliau turut berpendapat bahawa dirinya tidak memiliki apa-apa halangan dan masalah untuk meluahkan rasa ‘tidak suka’ terhadap sesuatu perkara.

And I don’t have any problem, telling people that I don’t like it. (Dan saya tidak memiliki apa-apa masalah untuk memberitahu orang ramai bahawa saya tidak menyukainya),”

Selain itu, Shila beranggapan bahawa orang ramai perlu menghormati pendiriannya.

Bagi sesiapa yang masih berkeras untuk menggunakan gabungan nama tersebut, beliau menganggap mereka tidak dapat memahami mesejnya.

Diorang kena respectlah kalau Sha tak suka. Kalau diorang buat juga, maksudnya diorang yang tak ada otak,”

“Dan sekurang-kurangnya, saya cuba untuk memberitahu mereka bahawa saya tidak menyukainya,” kata Shila.

Terdahulu, Shila dan pasangannya, Ubai disahkan bertunag pada petang Sabtu, 27 Mei lalu. Berita pertunangan tersebut telah diumumkan menerusi laman Instagram Ubai (@ubaimz) kira-kira 5.30 petang.

BACA: Shila Amzah & Ubai Selamat Bertunang

Sumber: @shahilaamzah via Instagram

The post “Bunyi Tak Elok”, Shila Amzah Tak Suka Gabungan Nama ‘Shi + Bai’ Dengan Tunang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*