Takiyuddin Sahkan Kenyataan Media Abdul Hadi Dilantik Perdana Menteri Palsu

takiyuddin abdul hadi

Takiyuddin Sahkan Kenyataan Media Abdul Hadi Dilantik Perdana Menteri Palsu

Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Hadi Awang akan dilantik sebagai Perdana Menteri ke-11 adalah palsu.

Takiyuddin dalam satu hantaran di Facebook berkata kenyataan yang tular baru-baru ini itu tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana pihak.

“Kenyataan Media bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ yang sedang tular pada masa ini adalah palsu.

“Tiada kaitan dengan mana-mana pihak yang disebutkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis.

Terdahulu, kenyataan media itu menyatakan bahawa Presiden Pas akan dilantik sebagai perdana menteri kerana telah mendapat sokongan daripada 115 ahli Parlimen.

Dalam pada itu, kenyataan media tular itu turut menyatakan pada 5 Mei ini Abdul Hadi telah diperkenankan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ia bertujuan untuk mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 ahli Parlimen.

Selain itu, kenyataan itu juga menyatakan Abdul Hadi telah diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 5 Mei bagi mempersembahkan surat akuan bersumpah daripada 115 ahli Parlimen.

BACA: BN Nafi Ahli Parlimennya Terlibat Dalam Usaha Jatuhkan Kerajaan

Agong, Permaisuri tiba di London untuk lawatan khas

Walau bagaimanapun, kenyataan media tular itu sekali lagi terbukti palsu kerana Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sudah pun berangkat tiba di London, United Kingdom.

Lawatan khas Seri Paduka berdua ke London adalah atas persilaan Raja Charles III bagi menghadiri Istiadat Pertabalan baginda sebagai Pemerintah United Kingdom di Westminster Abbey pada Sabtu ini (6 Mei).

Seri Paduka berdua turut dijadualkan menghadiri majlis resepsi dihoskan Raja Charles III di Istana Buckingham, esok (5 Mei).

Menurut catatan itu, kali terakhir Seri Paduka berdua berkenan berangkat ke Istana Buckingham ialah pada 12 Okt tahun lepas sempena kunjungan hormat ke atas Raja Charles III.

Kunjungan hormat tersebut bersempena lawatan khas Seri Paduka berdua ke London dari 10 hingga 16 Okt 2022.

Sumber: FB Takiyuddin Hassan

The post Takiyuddin Sahkan Kenyataan Media Abdul Hadi Dilantik Perdana Menteri Palsu appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*