“Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM

pm Akhlak Rasulullah

“Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM

PUTRAJAYA —  Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW wajar menjadi ikutan dan contoh terbaik.

Beliau berkata demikian dalam satu Perutusan Maulidur Rasul 1445 Hijrah di laman Facebook miliknya malam ini.

“Terbugar rasa kasih dan hormat kepada junjungan Baginda Rasullah SAW tatkala menghimbau detik kelahiran agung tanggal 12 Rabi’ al-Awwal.

“Berhasil menjadi tauladan buat umat manusia agar tekal menyebarkan risalah tauhid meski diasak musuh sepanjang siang dan malam dari segenap penjuru.

“Maka, keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW selaku Uswatun Hasanah, atau contoh terbaik menjadi ikutan. Tidak mencela, apatah lagi memfitnah atau memaki hamun terhadap sesiapa pun.

“Dakwah Baginda mendobrak asabiyyah dan kejumudan, membimbing umat Madinah yang bhineka menuju cahaya keadilan dan ihsan,” katanya.

Tambahnya, menghayati perjuangan junjungan Baginda Rasullah SAW menimbulkan rasa kasih dan hormat meskipun diasak oleh musuh sepanjang waktu dan segenap sudut.

BACA JUGA: Suri Teladan Terbaik, Telusuri Sifat Pemurah Rasulullah SAW

“Menghayati ibrah perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin dan menyatukan pelbagai kaum tentunya akan membangkitkan rasa keinsafan untuk sama-sama membangunkan negara tercinta ini sebagai sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera, lantas beroleh barakah daripada Allah SWT.

“Moga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kesejahteraan yang berterusan buat Baginda Nabi Muhammad SAW,” katanya dalam perutusan tersebut.

Untuk makluman, Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan akan diadakan esok di Pusat Konvensyen Putrajaya, lapor Bernama.

Difahamkan, tema sambutan tahun ini adalah Perpaduan Teras Malaysia MADANI.

Sebelum ini, dalam perkembangan lain, Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet pada hari ini.

“Saya fikir dahulu” katanya kepada pemberita.

Beliau menjawab soalan tersebut selepas terdapat desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinannya.

BACA JUGA: Saya Tak Mahu Jadi PM Jika Prinsip Dalam Perlembagaan Dipertikai – Anwar

Sumber: FB Anwar Ibrahim

The post “Tidak Mencela, Memfitnah, Memaki Hamun Terhadap Sesiapa, Keindahan Pekerti Dan Akhlak Rasulullah SAW” – PM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*