Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor FC, Berkelana Ke Liga Thailand

Selangor FC melalui satu kenyataan media mengesahkan kontrak jurulatih, Tan Cheng Hoe  ditamatkan secara persetujuan bersama.

Menurut kenyataan  yang dimuat naik di platform X, penamatan kontrak berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Selangor FC berkata, keputusan itu diambil selepas Cheng Hoe memaklumkan hasratnya untuk meninggalkan kelab itu bagi menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih bagi sebuah kelab di liga Thailand.

Tambah Selangor FC lagi, kelab itu juga sudah pun menerima pampasan berdasarkan kontrak jurulatih tersebut.

“Sejak dilantik pada September 2022, TCH telah membantu Selangor FC menjadi Naib Juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023.

“Ia sekaligus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-juara Asia 2 (ACL 2) untuk musim 2024/2025.

“Selangor FC ingin berterima kasih kepada TCH atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Nidzam Jamil kini dilantik sebagai jurulatih sementara bagi menggantikan bekas jurulatih yang pernah mengemudi skuad kebangsaan itu.

Pada masa yang sama, pengurusan kelab kini akan menjalankan proses terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu.

Sumber: Selangor FC

The post Tan Cheng Hoe Tinggalkan Selangor FC, Berkelana Ke Liga Thailand appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*