Pekerja Kedai Telefon Acu Pistol Kepada Mekanik Dipenjara Lapan Bulan

pekerja kedai telefon acu pistol

Pekerja Kedai Telefon Acu Pistol Kepada Mekanik Dipenjara Lapan Bulan

MELAKA, 8 Mei (Bernama) — Seorang pekerja kedai telefon dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan iaitu menakut-nakut serta mengacu pistol kepada seorang mekanik dan memiliki pistol tiruan.

Tertuduh, 29, didakwa telah menakut-nakutkan secara jenayah hendak menyebabkan kematian terhadap mangsa, 25, di tepi jalan, berhadapan bangunan Melaka Mall, Jalan Lebih Ayer Keroh di sini, kira-kira 12 tengah malam pada 28 April lepas.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan mengandungi enam butir peluru di tempat dan masa yang sama.

Pertuduhan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman lapan bulan penjara bagi pertuduhan pertama manakala enam bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan berjalan serentak dari tarikh ditangkap.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh diwakili peguam James S Thanjong Tuan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Tak Puas Hati Ketika Main Monopoli, Lelaki Dipercayai Acu Pistol Pada Bapa & Adik Tiri

The post Pekerja Kedai Telefon Acu Pistol Kepada Mekanik Dipenjara Lapan Bulan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*