Tanah Runtuh Natuna: 15 Orang Dilapor Maut, 42 Lagi Hilang

tanah runtuh natuna

Tanah Runtuh Natuna: 15 Orang Dilapor Maut, 42 Lagi Hilang

Indonesia — Seramai 15 orang dilaporkan terkorban manakala 42 lagi hilang dalam satu kejadian tanah runtuh di Serasan dan Serasan Timur, Kabupaten Natuna, Kepulauan Riau semalam.

Difahamkan, bencana ini dipercayai berpunca akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lalu.

Kronologi Tanah Runtuh Natuna, Kepulauan Riau

Ketua Polis Perhubungan Awam Kepulauan Riau, Haryy Goldenhardt berkata kejadian itu bermula sejak hujan lebat yang berlaku selama dua hari pada 5 Mac lalu.

“Pada Ahad lalu, hujan lebat mula turun sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan  di daerah Kampung Air Nusa. Hujan itu dikatakan tidak berhenti sehingga keesokannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Haryy, kejadian itu berlaku sekitar jam 4.30 petang waktu tempatan. Susulan itu, kebanyakan kediaman, kebun dan sumber air penduduk kampung habis musnah dalam kejadian tersebut.

tanah runtuh natuna
Gambar: Polis Perhubungan Awam Kepulauan Riau

Menerusi operasi mencari dan menyelamat (SAR), seramai 15 orang yang terkorban telah ditemukan oleh pasukan penyelamat dalam tragedi itu.

Sementara itu, Ketua BPBD, Kepri Muhammad Hasbi berkata bahawa kesemua mayat telah berjaya dikeluarkan.

“Operasi mencari (SAR) kini sedang giat dijalankan untuk mencari 42 orang lagi yang dilaporkan hilang. Operasi mencari mangsa yang hilang disambung semula pada hari ini.

“Empat orang mangsa lain juga dilaporkan mengalami kecederaan serius. Tiga daripadanya akan dihantar ke Pontianak menggunakan Kapal Bukit Raya.

“Manakala seorang lagi mangsa akan dibawa Lapangan Terbang Ranai,” kata Kepri.

BACA JUGA: Ratusan Anggota Polis Sujud, Mohon Maaf Atas 131 Nyawa Terkorban Dalam Tragedi Kanjuruhan

tanah runtuh natuna
Gambar: Polis Perhubungan Awam Kepulauan Riau

Bagaimanapun, operasi itu mengalami kesukaran akibat kekurangan peralatan berat struktur tanah di kawasan kejadian.

“Cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelamat adalah melakukan proses pemindahan. Tambahan lagi, lokasi kejadian juga jauh di pedalaman.

“Tanah runtuh itu juga bercampur dengan pelbagai benda,” maklum Kepri lagi.

Sehingga kini, lebih 1,216 orang telah berjaya dipindahkan di empat lokasi pusat pemindahan sementara (PPS).

Antara lokasi PPS yang dibuka adalah PLBN (219 orang), Puskesmas Serasan (215), Pelimpak dan Masjid Alfurqon (500) dan SMA 1 Serasan (282 orang).

 

Sumber: Detik.com 

The post Tanah Runtuh Natuna: 15 Orang Dilapor Maut, 42 Lagi Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*