Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k

Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k

Ruppert Landscape, sebuah syarikat yang terlibat dalam industri landskap di Amerika Syarikat mengumumkan pemberian bonus lumayan kepada pekerjanya. Semua staf yang berkhidmat melebihi tempoh satu tahun layak menikmati bonus itu sebagai tanda terima kasih di atas peranan yang dimainkan dalam perkembangan syarikat tersebut.

Seramai 1,200 pekerja, tidak termasuk lembaga pengarah, bakal menerima bonus dalam julat USD 7,000 (RM30,835) hingga USD 200,000 (RM881,000). Mereka akan menerima bonus masing-masing yang dikira berdasarkan tangga gaji dan tempoh perkhidmatan masing-masing.

Pemberian bonus luar biasa itu juga sesulan kejayaan syarikat memeterai perjanjian kerjasama dengan sebuah firma pelaburan, Knox Lane. Difahamkan, pengumuman pemberian bonus tersebut dilakukan secara dalam ketika perjumpaan bersama staf di peringkat cawangan.

“Semua yang menerima bonus ini telah memainkan peranan penting dalam membantu kami untuk mencipta nilai yang ingin direalisasikan.

“Bonus ini adalah wang yang selayaknya diberikan kepada mereka dan salah satu cara untuk kami memperakui sumbangan ahli pasukan dan peranan penting yang akan dimainkan demi masa depan syarikat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Craig Ruppert.

Manfaat yang diterima pekerja di syarikat tersebut

Selain itu, bonus ini diberikan sebagai tambahan kepada bonus tahunan syarikat yang diberikan pada akhir tahun, serta beberapa manfaat-manfaat lain terasuklah insurans perubatan, uniform perkerja dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, syarikat tersebut turut menawarkan insurans nyawa dan kehilangan upaya untuk bekerja kepada sesiapa yang layak, imbuhan tuisyen dan sesi latihan secara berterusan yang membenarkan para pekerja untuk belajar, memberi sumbangan kepada syarikat serta bergerak maju dalam karier mereka.

“Prinsip kami adalah untuk menjaga kebajikan pekerja kami, pada masa yang sama akan menjaga kebajikan para pelanggan kami. Setiap ahli dalam Ruppert akan sentiasa komited untuk mencapai kecemerlangan,” tambah Phil Key, Presiden Ruppert Landscape.

Sejarah syarikat ini bermula pada 70-an ketika Craig Ruppert yang ketika itu masih remaja mula memotong rumput di laman jirannya untuk mendapatkan wang.

Bermula dari bawah, syarikat ini berkembang secara mendadak dan kini turut mempunyai pasukan pengurusan yang berpengalaman dalam mengendalikan projek berskala besar dan rumit.

Kini, syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan terhadap klien komersial untuk lebih dari enam buah negeri di Amerika Syarikat dan meneruskan tradisi kerja amalnya pada peringkat tempatan.

BACA: Untung Naik 226 %, Syarikat Minyak Korea Umum Bonus 120 Bulan Gaji Untuk Pekerjanya

Sumber: Ruppert Landscape

The post Tanda Penghargaan, Pekerja Syarikat Landskap Ini Dapat Bonus Antara RM 30k Hingga RM 881k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*