Tarikan Terkenal ‘Elephant Trunk Rock’ Taiwan Runtuh

Tarikan Terkenal ‘Elephant Trunk Rock’ Taiwan Runtuh

Sebuah tarikan terkenal di Taiwan yang dikenali sebagai Elephant Trunk Rock, sudah tiada lagi kerana ia telah runtuh. Menurut Pejabat Daerah Ruifang New Taipei, batu itu telah runtuh ke dalam laut pada 15 Disember baru-baru ini.

Batu yang telah mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai belalai gajah itu telah lama mengalami risiko penghakisan. Oleh itu, para pengunjung telah dilarang daripada memasuki kawasan itu sejak tahun 2010.

Seorang profesor di Jabatan Geosains di Universiti Nasional Taiwan, iaitu Shen Chuan-chou telah memberitahu Agensi Berita Utama  Taiwan yang rasmi bahawa keruntuhan itu merupakan sesuatu yang amat natural untuk berlaku.

Ini kerana, batu itu sering terdedah kepada air laut dan angin. Ia juga mempunyai lengkungan yang nipis yang memudahkan ia untuk terhakis.

Elephant Trunk Rock ini terletak di sebidang tanah yang dipanggil Shen’ao, kira-kira 10 kilometer (enam batu) dariupada kawasan pelancongan popular di Jiufen, Taiwan.

Queen’s Head Rock

Selain daripada batu itu, terdapat juga tarikan semula jadi di Taiwan yang turut dibimbangi oleh ahli geologi. Batu itu dipanggil The Queen’s Head. Ia mendapat namanya kerana bentuknya yang menyerupai patung Ratu Elizabeth dengan leher yang panjang.

Batu itu terletak di Yehliu Geopark dan ia juga mempunyai risiko untuk runtuh. Menurut Agensi Berita Utama Taiwan yang rasmi, kini lilitan Queen’s Head lebih rendah daripada 120 sentimeter dan bahagian yang kelihatan seperti leher panjang itu menjadi semakin nipis setiap tahun.

Sebelum ini, Pulau Gozo di Malta juga menghadapi situasi yang sama seperti Elephant Trunk Rock dan Queen’s Head Rock ini. Batu kapurnya yang terkenal, iaitu Azure Window yang telah menjadi sebuah set bagi Game of Thrones, telah runtuh ke dalam lautan pada tahun 2017.

Dua tahun selepas keruntuhan Azure Window ini, Malta telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk membina sebuah gerbang keluli di tempat di mana Azure Window pernah berada. Namun, projek itu masih belum dibina lagi.

Sumber: CNN

BACA JUGA: Jangkitan Virus Covid-19, Apakah Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Masih Bergejala Setelah Tamat Kuarantin?

The post Tarikan Terkenal ‘Elephant Trunk Rock’ Taiwan Runtuh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*