Dipercayai Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Kanak-Kanak, Penghantar Barang Ditahan 

penghantar barang ditahan

Dipercayai Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Kanak-Kanak, Penghantar Barang Ditahan 

Seorang penghantar barang ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap kanak-kanak dalam tiga kejadian berasingan di Presint 5, Putrajaya, semalam.

Laporan Sinar Harian mengatakan kanak-kanak itu diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali dalam lif perumahan dalam kejadian pada Isnin lalu kira-kira jam 6 petang, kata Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Asmadi Abdul Aziz.

Menurutnya, dalam kejadian tersebut lelaki yang memakai topi keledar itu bertindak untuk mengeluarkan kemaluannya dan menunjukkan kepada mangsa.

“Empat laporan polis telah dibuat berhubung kejadian sama berlaku di kawasan perumahan tersebut.

“Jumlah keseluruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian terbabit adalah sebanyak lima orang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Susulan itu, Asmadi berkata satu tangkapan telah dilakukan pihaknya ke atas lelaki berusia 32 tahun tersebut pada Selasa jam 4.30 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Hasil siasatan awal mendapati lelaki tersebut telah mendirikan rumah tangga dan juga merupakan seorang bapa kepada seorang anak.

Difahamkan juga, suspek mengaku terlibat dalam kesemua tiga kes yang disiasat dan polis mengesahkan dia tidak mempunyai rekod lampau.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan ujian saringan air kencing suspek adalah negatif.

Sementara itu, Asmadi berkata permohonan reman telah dibuat pada Rabu dan telah diluluskan selama empat hari hingga Sabtu bagi siasatan lanjut.

“Kawad cam terhadap suspek daripada lima orang mangsa akan dibuat pada Khamis,” tambahnya.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Lelaki Ditahan Polis, Didakwa Tumbuk Isteri & Anak Selepas Dirakam Bawa Balik Teman Wanita

The post Dipercayai Lakukan Perbuatan Tak Senonoh Terhadap Kanak-Kanak, Penghantar Barang Ditahan  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*