Tayar Depan Pesawat Latihan Tertanggal Ketika Mendarat Di LTAM – CAAM

tayar pesawat tertanggal

Tayar Depan Pesawat Latihan Tertanggal Ketika Mendarat Di LTAM – CAAM

MELAKA, 23 Jan (Bernama) — Tayar depan sebuah pesawat latihan jenis Piper PA-28-181 dilaporkan tertanggal dipercayai akibat gagal mendarat dengan baik di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di sini, petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian pada 3.07 petang itu.

“Pesawat latihan dengan nombor pendaftaran 9M-ITX yang dikendalikan oleh International Aero Training Academy (IATAC) itu dipercayai gagal mendarat dengan baik hingga menyebabkan tayar hadapannya tertanggal.

“Insiden ini melibatkan seorang juruterbang pelatih dan beliau dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata pesawat ringan berkenaan telah dialihkan dari landasan pada 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

BACA: Pesawat Japan Airlines Terbakar Semasa Mendarat

Menurutnya lapangan terbang itu kembali beroperasi pada 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit mengesahkan menerima laporan berkaitan insiden tersebut petang tadi.

Bagaimanapun, katanya tiada siasatan dibuka oleh polis dan kes berkenaan dirujuk ke agensi berkaitan.

Sumber: BERNAMA

The post Tayar Depan Pesawat Latihan Tertanggal Ketika Mendarat Di LTAM – CAAM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*