Teka-Teki Terjawab, Brendan Gan Kini Sertai KL City FC

brendan gan kuala lumpur city

Teka-Teki Terjawab, Brendan Gan Kini Sertai KL City FC

Teka-teki mengenai perjalanan karier pemain bola sepak profesional negara, Brendan Gan Seng Ling, akhirnya terjawab selepas dia disahkan menyertai Kuala Lumpur City FC.

Berita ini telah diumumkan oleh Kuala Lumpur City FC menerusi hantaran di laman X (@KLCityFootball) hari ini.

BACA: Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC

Dalam hantaran tersebut, terdapat video montaj yang memaparkan kelibat pemain tersebut berada di sekitar Kuala Lumpur.

“Selamat datang ke ibu negara, Brendan Gan,” tulis Kuala Lumpur City pada hantaran terbabit.

Pengumuman berita tersebut telah menamatkan persoalan hala tuju bekas kapten Selangor itu selepas keluar daripada kelab tersebut pada 1 Februari lepas.

Dengan ini, Kuala Lumpur City FC adalah destinasi barunya menjelang saingan Liga Super Malaysia (MFL) 2024. Saingan berkenaan dijangka bakal membuka tirainya pada bulan depan.

Kini, Brendan Gan akan menjadi sebahagian daripada jentera tengah bagi skuad The City Boys. Menariknya, kelab terbaharunya merupakan musuh tradisi Selangor FC.

Tonggak Harimau Malaya itu merupakan antara pemain penting dalam saingan liga musim lalu selepas membantu kelab lamanya melangkah ke saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).

Pemergiaan Brendan Gan dari Selangor FC

Terdahulu, The Red Giants dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi pada 2 Februari lepas telah mengumumkan mengenai Brendan Gan yang tidak lagi bersama kelab itu.

Sepanjang bermain bersama kelab berkenaan, beliau telah membuat 80 penampilan dengan 14 jaringan dan 12 bantuan gol sepanjang empat tahun.

Brendan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Selangor FC dengan memakai jersi bernombor 88 pada 1 Disember 2019.

Bukan itu sahaja, Brendan turut menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya dengan membuat 35 penampilan, satu gol dan tiga bantuan gol.

BACA: Kurangkan Kesesakan, Ini Tip Guna “Smart Lane” Dengan Betul

Sumber: Kuala Lumpur City Football Club, Stadium Astro

The post Teka-Teki Terjawab, Brendan Gan Kini Sertai KL City FC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*